HIBURAN
Cik Epal Beri Nasihat Pada Founder Wanita - “Kalau Ada Business Suami Isteri, Jaga-Jaga Sikit Pergaulan Suami Dengan Staff Perempuan”
Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal mengingatkan wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati dan memantau pergaulan antara suami dan pekerja wanita.
Menurut Cik Epal, hal itu kerana kita sebagai isteri tidak tahu apakah niat atau agenda dirancang oleh mereka dalam diam yang boleh menganggu keharmonian rumah tangga.
Perhati pergaulan suami & pekerja wanita

“Sondol-menyondol akan berlaku bila dua-dua pon menggeletis. Bukan salah sorang. Dua-dua pon sama je merenyam. Hati-hati,” pesannya menerusi hantaran di Insta Story baru-baru ini.“Aku rasa ramai je founder di kalangan followers aku. Aku just nak ingat kan, kalau kau ada bisnes bersama suami isteri, jaga-jaga sikit pergaulan suami kau dengan staff perempuan. “Ada je staff perempuan yang hamak teringin nak duduk tempat kita. Jantan pon tak guna bukak ruang. Jadilah aktiviti penyondolan.
Bahagia single

“At the same time, bagus jugak lah depa sondol menyondol, boleh aku beli G-Wagon. “Kalau tak, mesti duit kereta aku dah selamat melabur pergi travel. Jadi sekarang, baik aku happykan diri aku dulu. Hidup single!” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Nafi Jadi Punca Pergaduhan, Bidas Dakwaan Dewi - “Oi Bibik Tak Payah Memekak, Kau Tu Dah Lah Fitnah Aku, Jumpa Dekat Mahkamah”
ARTIKEL BERKAITAN:Dewi Sahkan Bekas Suami Langgar Taklik Kerana Cik Epal - “Saya Tidak Pernah Bercakap Sebelum Ini Kerana Mahu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Tak Ada ‘Class’ Sebab Perli Bekas Suami, Cik Epal Bidas Netizen - “Aku Tak Pernah Hadap ‘Validation’ Orang Untuk Nampak ‘Classy’”
ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Berbahagia Hingga Ke Neraka” - Cik Epal
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tahan Dituduh Bersekedudukan Dengan Jofliam, Dewi Kemuka Bukti Perbualan Bersama Cik Epal - “Kalau Saya Penyondol Kenapa…”
Terdahulu, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama.
Must-Watch Video