gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Salman Farish Mohon Maaf - "Niat Saya Bukan Untuk Memalukan, Tapi Timbulkan Kesedaran"
HIBURAN
Hanya Wajah ‘Bersih’, Adam Levine Berhenti Cacah Tatu
HIBURAN
“Artis & Influencer Ini Make Up Diorang Tak Solat Ke? Hmm Ada Lagi Soalan Macam Ini” - Zulin Aziz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Chiwan Respons Dituduh Perlekeh Suri Rumah - "Maaf Kalau Percakapan Saya Dalam Radio Ada Salah Faham"

Amri Hassan
Amri Hassan
15/07/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Chiwan Respons Dituduh Perlekeh Suri Rumah - "Maaf Kalau Percakapan Saya Dalam Radio Ada Salah Faham"
Penyampai radio Chiwan tampil memberi penjelasan susulan kenyataannya yang mengundang salah faham ketika bersiaran secara langsung baru-baru ini.
Menurut Chiwan, dia tidak berniat untuk merendah-rendahkan kerjaya suri rumah sewaktu berbual bersama seorang pemanggil wanita, sebaliknya soalan yang ditujukan dibuat dalam nada mesra dan bertujuan membuka ruang perbualan.
“Assalamualaikum... Minta maaf kalau percakapan saya dalam radio tadi ada salah faham,” tulisnya di Thread.
Katanya lagi, pemanggil berkenaan memperkenalkan diri sebagai suri rumah yang berjaya dan pertanyaan yang diajukan sekadar untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandangan pemanggil itu sendiri terhadap maksud kejayaan dalam konteks suri rumah.
“Caller tu bagitau dia suri rumah yang berjaya. Lepas tu saya tanya apa yang buat awak rasa suri rumah tu berjaya dengan nada nak ajak borak, bukan sebab nak perlekehkan," ceritanya lanjut.
Namun menurut Chiwan, pemanggil menjawab bahawa sebelum ini ramai pemanggil hanya menyebut “suri rumah” sahaja, dan dia tidak mahu kelihatan seperti sedang "downgrade" dirinya.
Sebagai reaksi kepada itu, Chiwan menjelaskan bahawa menjadi suri rumah bukan satu tugas mudah dan tidak patut dianggap kurang bernilai.
“Saya counter balik, betul lah tu, bukan senang nak jadi suri rumah. Orang lelaki pun tak mampu jadi suri rumah," tambahnya.
Terdahulu, seorang pengguna Thread menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap intonasi Chiwan yang seakan-akan memperlekehkan suri rumah ketika satu panggilan secara langsung.
"Honestly the radio announcer was so out of line. There was a housewife who called in and introduced herself proudly as a 'suri rumah berjaya'. Then the announcer sarcastically asked, 'Apa yang awak rasa berjaya sangat tu jadi suri rumah?'" tulis pengguna itu.
Bagaimanapun, hantaran terbabit telah dipadamkan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kontroversi
#Radio
#maaf
#Suri Rumah
#Chiwan
#Perlekeh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement