,
Berita

'China Menipu!' - Senator Amerika Syarikat Dakwa Koronavirus Berasal Dari Makmal

Asraf Aided
17/02/2020
08:42 MYT
China didakwa masih melindungi punca sebenar penularan wabak COVID-19 yang sebelum ini dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan, China, lapor Astro AWANI.
Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News sekali lagi menegaskan kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.
“Situasi ini makin memburuk sebab China telah menipu sedari mula dan terus menipu sehingga hari ini.
“Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini.
"Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut,” katanya memetik laporan agensi.
Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.
“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, South China University of Technology turut merumuskan bahawa koronavirus itu berkemungkinan berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.
Ia menjurus kepada kajian terhadap kelawar dan penyakit pernafasan yang dibawa oleh haiwan di Pusat Kawalan Penyakit Wuhan dan Institut Virologi Wuhan.
Para saintis China percaya virus tersebut mungkin mula hidup di fasiliti kajian yang terletak cuma 300 meter dari pasar Wuhan.
Kertas kajian oleh Botao Xiao dan Lei Xiao dari universiti tersebut menyatakan Pusat Kawalan Penyakit Wuhan ‘melahirkan’ penularan wabak itu di wilayah Hubei kerana menyimpan haiwan pembawa penyakit di makmal mereka termasuk 605 ekor kelawar - yang merupakan haiwan dikaitkan dengan virus tersebut.
Laporan itu menyatakan, urutan genom (genome sequences) daripada pesakit adalah 96 peratus atau 89 peratus menyerupai koronavirus Bat CoV ZC45 yang ditemui pada Rhinolophus (spesis kelawar).
Ia menerangkan bagaimana kelawar asli hanya terdapat sekitar 600 batu jauhnya dari pasar makanan laut Wuhan dan kebarangkalian kelawar yang terbang dari wilayah Yunnan dan Zhejiang adalah minimum.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Perkembangan Terikini Covid-19, Dua Kematian Hari Ini Dengan 1,109 Kes Baharu

gempak
27/11/2020
10:54 MYT
Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
Hiburan

"Lekatkan Saja Di Tangan" - Alamak...Wanita Ini Dakwa Gelang Mampu Cegah COVID-19?

gempak
15/05/2020
12:20 MYT
Hiburan

Harga Tak Sampai RM5, Fesyen Rambut Koronavirus Ini Mula Trending...

gempak
14/05/2020
22:46 MYT
Berita

Korea Istihar Perang, Mood Kecemasan Ancaman COVID-19

gempak
05/03/2020
08:41 MYT
Berita

“Koronavirus, Tak Perlu Sampai Tutup Pejabat, Memadai Dengan Langkah Pencegahan” - Ketua Pengarah KKM

gempak
04/03/2020
14:44 MYT