,
Laman Utama

Chef Wan Dapat Agak Sebab Apa Rakyat Amerika Teruja Terserempak Dengan Dirinya - “Mungkin…”

Izwan Isa
17/01/2022
08:50 MYT
Melihat pada perkongsian yang dilakukan oleh tukang masak popular, Chef Wan di Instagram, pasti ramai yang menyedari bahawa dia kini berada di Amerika Syarikat (AS).
Menghabiskan masa bercuti di sana, Chef Wan juga tidak lokek berkongsi momen-momen menarik ketika berada di bumi Uncle Sam itu.
Salah satu daripadanya adalah bagaimana seorang rakyat AS yang tiba-tiba menegurnya sewaktu dia berada di sekitar San Francisco baru-baru ini.
“Ketika saya meninggalkan Hotel Fairmont untuk bergegas ke hotel saya, St Regis, saya melalui sebuah restoran. Tiba-tiba seorang lelaki berbangsa Cina menyapa saya: ‘Kamu Chef Wan?’”
“Saya jawab ya dan dia begitu teruja terserempak dengan saya. Dia kata yang dia banyak menonton rancangan masakan selain merujuk saya sebagai seorang yang kelakar.
“Lalu, saya tanya adakah dia orang Malaysia. Namun, dia menjawab yang dia berketurunan Cina yang lahir dan tinggal di San Francisco. Kemudian, dia ucapkan selamat bercuti kepada saya dan saya kembali ke hotel,” ujar Chef Wan.
Dalam pada itu, Chef Wan turut berkata yang dia menyedari satu hal apabila orang asing dari luar negara turut mengenalinya.
“Beberapa saat kemudian saya sedar yang mungkin lelaki berkenaan merupakan peminat Uncle Roger?
“Kebanyakan orang yang menegur saya di London, Istanbul dan terbaharu di Doha bertanya kepada saya: ‘Kamu mesti Chef Wan… Saya suka apa yang kamu lakukan terhadap Uncle Roger! Hanya kamu yang mampu lakukan sedemikian’. Saya tergelak bila fikiran video seperti itu mampu memberi efek kepada memori sesetengah orang di seluruh dunia,” tutup Chef Wan.
Untuk rekod, selebriti Youtube dan pelawak antarabangsa, Nigel Ng menjemput Chef Wan sebagai tetamu menerusi sebuah videonya pada Mac 2021. Menerusi video berkenaan, penonton dapat melihat gelagat Chef Wan menyakat Nigel yang lebih popular dengan panggilan Uncle Roger itu. Setakat ini, video tersebut menerima lebih empat juta tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Temasya Belum Tamat, Warna Pingat Gangsa Dah Mula Pudar?

gempak
10/08/2024
05:50 MYT
Seorang atlet papan selaju Sukan Olimpik Paris mengkritik kualiti pingat Paris 2024 selepas pingatnya mula luntur.