,
Gaya Hidup

Chef Salt Bae Perkenal Menu Daging Stik Bersalut Emas, Harga Beribu!

Azwa Rahman
29/05/2019
12:01 MYT
Chef selebriti asal Turki, Nusret Gokce atau nama glamornya Salf Bae memperkenal menu baru direstorannya iaitu, stik bersadur emas.
Chef berusia 36 tahun itu berkongsi menu baru itu menerusi satu videonya di Instagram.
Menghidangkan menu itu kepada pelanggannya, daging dimasak terus di atas meja pelanggan.
Dalam keadaan separuh masak, dia memotong daging tersebut ke bentuk kepingan dan membuat aksi pengenalan, menabur garam ke atas daging tersebut sebelum menikam pisau di atas meja.
Satu hidangan daging stik bersadur emas dijual pada harga USD300$ (RM1256).
Sukakan bidang masakan terutamanya daging, dia menjelaskan bahawa emas 24 karat boleh dimakan kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia.
Apabila dimakan, emas tersebut akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Chef Salt Bae membuka restoran pertamanya, Nusr-et pada tahun 2010 dan kini memiliki enam restoran.
Selain di Turki, Abu Dhabi, Dubai, Miami dan New York, dia bakal membuka satu lagi cawangan di London dan Midtown.
Antara beberapa selebriti Malaysia yang pernah menikmati hidangan stik di restoran Nusr-et adalah Datin Vivy Yusof dan Marion Caunter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Buat Content Double Meaning, Peniaga Makanan Tular Tampil Mohon Maaf

gempak
11/11/2024
09:25 MYT
Menurut peniaga tersebut mereka juga telah membuat keputusan untuk menukar jenama mereka kepada nama yang lain.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

gempak
10/10/2024
04:25 MYT
Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).
Hiburan

Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”

gempak
06/10/2024
08:25 MYT
Usahawan dan jutawan tudung Bawal Exclusive Haliza Maysuri menjadi perhatian netizen selepas berkongsi cara-cara menikmati juadah mewah iaitu Kaviar.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Unitar