,
Terkini

Chef Ammar Sebak Kenang Waktu Susah, Pernah Minta Bantuan Dari Haiwan – “Satu Hari Saya Minta Tolong Dari Kucing..”

Umirah Halim
26/03/2024
12:00 MYT
Cef dan usahawan Lamb Shank, Chef Ammar sebak apabila terkenang semula momen kesusahan yang dialami selepas berhenti kerja sebagai cef eksekutif di sebuah hotel.

Berhenti Kerja, Dua Tahun Tanpa Pendapatan

Menurut, Chef Ammar menerusi temubual oleh BFM Media dia pernah dikecam orang ramai sehingga ada pihak yang pernah menyuruh dia dan keluarga pulang ke kampung halaman hanya disebabkan mereka 'orang asing'.
??? Bu$y Finding Modal - Episode 9 pic.twitter.com/ERRiULq7eZ— BFM89.9 (@BFMradio) March 25, 2024 "Saya berhenti kerja dekat hotel sebab isu halal,walaupun gaji saya besar.
"Bila saya berhenti kerja di hotel, saya susah lebih kurang dua tahun, dua tahun tanpa pendapatan.
"Jadi KWSP saya sudah habis, kereta sudah jual, emas isteri saya sudah jual, kamera sendiri saya sudah jual.
"Saya tak boleh bagi anak makan. Lepas itu ada orang hentam kami, cakap kami orang asing, suruh kami balik kampung apa yang saya buat dekat sini
"Tapi bagi saya mungkin ketika itu Tuhan nak bagi saya jadi muflis, sebab mungkin apa yang saya untung semasa saya kerja dalam industri hotel ada kena mengena.
"Saya pastikan anak-anak saya dapat makan dengan rezeki yang halal, bila kita dah senang orang tak tahu kita pernah lalui semua tu," luahnya sebak.

Pernah Minta Bantuan Kucing

Dalam pada itu, Chef Ammar turut berkongsi cerita mengenai kisahnya pernah meminta bantuan daripada seekor binatang untuk mendoakan dia keluar dari kesusahan.
"Satu hari saya minta tolong dari binatang tau, dari kucing tau. Saya ada RM5 dalam poket saya bagi kucing saya separuh saya separuh.
“Saya bagi kucing makan, ambil bela dia dan minta dia doa untuk rezeki anak saya dan sampai sekarang Tuhan bagi rezeki,” ujarnya.

Terkilan Orang Cakap Nasi Arab Mahal

Sementara itu, bercakap mengenai perniagaannya, Chef Ammar akui pernah rasa terkilan pada tahun lalu selepas ada pihak yang mendakwa harga Nasi Arab yang dijual mahal, namun bagi tahun ini dia hanya sekadar memilih untuk berdiam diri.
"Saya berasal dari Nablus, Tebing Barat. Bila orang cakap saya jual harga zionis, harga yahudi, balik Israel, saya jadi terkilan sebab mereka tahu saya berasal dari Palestin.
"Tapi isteri saya bagi sokongan cakap, "Bang jangan peduli, abaikan sahaja". Tapi saya degil juga sebab saya bangga dengan usaha dan kerja kami.
"Jadi untuk tahun ini saya nak kunci mulut saya, dan buang kunci tu dalam laut," katanya kepada BFM dengan nada seloroh.
Mengulas lebih lanjut, Chef Ammar turut menjelaskan harga makanannya yang mahal itu adalah disebabkan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi.
"Barang-barang yang kami guna semua mahal saya guna kacang gajus, badam, minyak sapi saya guna beras yang basmathi punya berkualiti, safron, kismis sultana semua memang barang yang berkualiti, jadi kos dia banyak," tambanya lagi.

Berita Trending: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Hiburan

Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa

gempak
13/09/2024
07:55 MYT
Berita aktres dan usahawan popular, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Fattah Amin pada Jumaat mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.