gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Che Nom Terkilan Dikhianati Ahli Keluarga Sendiri - "Bagi Gaji, Hantar Umrah, Akhirnya Kena Saman"

Amri Hassan
Amri Hassan
19/07/2025
03:52 MYT
Sponsor Banner
Che Nom Terkilan Dikhianati Ahli Keluarga Sendiri - "Bagi Gaji, Hantar Umrah, Akhirnya Kena Saman"
Pempengaruh masakan, Che Nom meluahkan rasa kecewa bila niat untuk membantu anak saudara sendiri dalam bisnes keluarga akhirnya dibalas dengan laporan ke Jabatan Tenaga Kerja dan KWSP.
Jelas Che Nom menerusi hantaran di Facebook, dia sendiri melatih anak saudaranya itu daripada tiada apa-apa hingga mampu menyara kehidupan dengan gaji yang diberi secara bulanan.
"Saya ambil dia kerja walaupun tiada kelulusan. Saya yang besarkan dia dari kecil, hantar sekolah, masakkan setiap hari. Bila dah besar, saya nak bantu dia survive kat Klang Valley, jadi saya bagi kerja dan gaji tetap," tulisnya.
Menurutnya, pekerjaan itu tidaklah membebankan iaitu hanya sekitar 20 jam seminggu.
Malah, Che Nom turut memberikan cuti panjang bergaji penuh untuk anak saudaranya menunaikan umrah selama dua tahun berturut-turut. Segala kos termasuk visa dan duit poket juga ditanggung olehnya.
“Dia pergi report ke JTK dan KWSP guna bukti bayaran bulanan. Tak cukup dengan tu, saya terima surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja. Ya Allah, memang sedih sangat bila dapat tahu.
"Tak faham kenapa kebaikan kita dipijak-pijak macam ni. Kita tolong dengan ikhlas, tapi balasan macam ni pula yang kita dapat," tambahnya.
Che Nom turut meluahkan kekecewaannya terhadap sistem yang menurutnya tidak membezakan antara syarikat korporat dengan perniagaan kecil-kecilan keluarga.
“Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara syarikat besar yang ada HR dengan bisnes kecil yang cuma nak tolong keluarga. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu darah daging sendiri,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Masakan
#saman
#KWSP
#Che Nom
#Tikam
#Anak Saudara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement