,
Laman Utama

CEO Megaklinik Zahran Rancang Buka Klinik Percuma Kepada Golongan Miskin & Asnaf

Amri Hassan
22/07/2022
01:55 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ), Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak memasang impian untuk menterjemahkan premis yang dibangunkannya atas paksi amal dan kemanusiaan.
Baru dinobatkan sebagai Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022, Mohd Nafidz berniat untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari kelak.
"Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib baik.
"Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan," katanya.

Klinik penting era pandemik

Kejayaan demi kejayaan diperolehi menjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuangan sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia
Disifatkan antara jenama 'penting' di era pandemik lalu, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.
"Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasuk Influenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.
"Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.
"Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu," kata Mohd Nafidz.
Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain. Hingga kini, sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022 yang berperanan sebagai ejen perantara kepada masyarakat.
Seterusnya ia dijangka genap menjadi 50 cawangan pada 2025 ini.
Februari lalu, KMZ meraih kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.

Klinik beroperasi musim perayaan

Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.
"Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.
"Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.
"Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gus memberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara," katanya.

Klinik saringan pandu lalu 24 jam

Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.
"Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform 'bantu masyarakat' di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kami.
"Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.
"Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam," katanya.
Beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor, Mohd Nafidz dibantu oleh isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long selaku Ketua Pemasaran & Pengkomersilan KMZ.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar