,
Laman Utama

CEO KWSP Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

Awani
12/12/2023
04:55 MYT
Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebentar tadi.
Perubahan utama antara lain membabitkan satu daripada portfolio Timbalan Perdana Menteri, jawatan Menteri Kewangan II, pengwujudan semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan pemisahan dua kementerian.
Jawatan Menteri Kewangan II disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Sementara Datuk Armizan Mohd Ali dilantik menggalas tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baru menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub.
Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kembali memegang portfolio Menteri Kesihatan menggantikan Dr Zaliha Mustafa.
Manakala Dr. Zaliha berpindah portfolio di Kementerian Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dibubarkan bagi mewujudkan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Pada masa sama, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang diterajui Fahmi Fadzil dipisahkan bidang kuasa.
Fahmi akan menerajui kementerian bertumpu kepada aspek komunikasi manakala bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo akan bertanggungjawab terhadap portfolio Kementerian Digital.
Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim pula dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia menggantikan V Sivakumar.
Manakala bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Sementara itu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad telah dipecah kepada dua.
Datuk Seri Fadillah Yusof yang ketika ini seorang daripada dua daripada Timbalan Perdana Menteri bakal menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Kelestarian Awam.
Rombakan ini turut membabitkan Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini Menteri Pertahanan berpindah kementerian sebagai Menteri Luar yang ketika ini disandang Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Zambry pula akan menerajui Kementerian Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berpindah ke Kementerian Pertahanan.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM, Zulkifli Hasan sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

gempak
28/04/2024
11:55 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Viral

Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

gempak
06/03/2024
08:55 MYT
Berguna tips ni!
Berita

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

gempak
25/01/2024
08:29 MYT
Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu