,
Hiburan

Cemar Kesucian Ramadan, Fahmi Fadzil Minta SKMM Teliti Video Aliff Syukri!

Gempak
03/04/2024
00:40 MYT
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Hanya ‘Prank’, Tiada Lagu Raya Tahun Ini - “Untuk Korang Semua… April Fool”

Fahmi berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
"Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian… tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video berkenaan.
"Buat masa ini, kita biarkan dahulu," katanya kepada pemberita.
Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan kurang sopan.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadam video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Mohon Maaf, Padam Teaser MV Lagu Raya Menggeletis - "Dah Buat Susah-Susah, Kena Kecam"

Nasihat hasilkan kandungan sesuai semua usia

Fahmi menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.
"Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun," katanya.
Beliau berkata, kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.
"Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka," katanya.
Justeru, Fahmi sekali lagi akan bertemu dengan pengendali platform media sosial dalam masa terdekat bagi memastikan ia selamat digunakan atau tidak digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.– BERNAMA

PILIHAN PEMBACA: Aliff Syukri Kongsi Sedutan MV Raya, Netizen: “Astaghfirullah Datuk, Ini 10 Terakhir Ramadan!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar