,
Laman Utama

Catat Sejarah! SYOK Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Sebagai Stesen Radio Terbanyak Dalam Aplikasi Telefon!

Hanafis Haris
18/02/2022
06:18 MYT
Aplikasi radio dan podcast popular SYOK mencatat rekod Malaysia Book of Records selepas berjaya melancarkan 60 stesen radio secara serentak.
Aplikasi tersebut dianugerahkan ‘Stesen Radio Terbanyak Dalam Aplikasi Telefon’ dan anugerah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Kenny Ong oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records Jwan Heah.
Menurut Kenny, dia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan.
"Kami berharap semua menikmati pilihan radio dalam talian yang pelbagai dan relevan, tersedia di SYOK dan menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang," katanya.
Ditanya apakah saluran radio yang popular di SYOK, Kenny menegaskan ERA, MY dan SINAR antara yang menyerlah.
"Paling popular memang champion brand mcam Era, Sinar, Gegar, My kerana pendengar sama dalam kereta mereka akan dengar dalam SYOK.
"Dalam 60 channel baru ini juga kami ada tema yang berlainan, lagu berlainan, contoh dalam Gegar paling popular adalah lagi Hindi.
"Now juga total orang ramai muat turun aplikasi SYOK selama dua tahun adalah dua juta," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, menurut Jwan Heah pula, pihaknya mengucapkan tahniah kepada jenama SYOK atas pencapaian tersebut dan berharap untuk terus mengiktiraf lebih ramai pencipta rekod tempatan atas pencapaian, kejayaan dan ciptaan mereka dalam Malaysia.
Untuk rekod, dengan purata 3.18 juta pendengar digital mingguan di SYOK, 60 stesen dalam talian ini menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik, dan saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa.
Stesen-stesen di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan lebih lagi.
Rakyat Malaysia boleh strim and menikmati 60 stesen radio dalam talian, tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi.
Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Galley, juga layari laman web SYOK.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar