,
Laman Utama

Cat Farish Berlakon, Mengarah, Buat Scoring & Sunting Marabahaya Underground - “Saya Jadi Segala-Galanya”

Izwan Isa
07/12/2021
07:38 MYT
Penyanyi dan pelakon Cat Farish melahirkan rasa puas hati apabila filem pertama arahannya, Marabahaya Underground kini boleh ditonton oleh peminat filem aksi permotoran tempatan.
Menurut Cat, antara cabaran untuk menghasilkan filem Marabahaya Underground adalah terpaksa ‘menjadi segala-galanya’ sepanjang proses penghasilan naskhah berkenaan.
“Bercerita pasal produksi, saya jadi segala-galanya. Scoring, suntingan, dan pengarahan.
“Namun, hal-hal tersebut saya tak buat seorang diri, semuanya dilakukan secara berkumpulan,” katanya.
Cat juga menambah, dia juga terlibat dengan sesi penggambaran yang meliputi dua kawasan iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur.
“Seperti semua sedia maklum, sebelum ini ada pengarah lain yang mengemudi Marabahaya Underground. Cuma atas sebab tertentu, saya diberi tanggungjawab mengarah.
“Untuk proses penggambaran, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dua kumpulan di Ipoh dan satu di Kuala Lumpur. Tetapi, saya sama-sama terlibat juga dengan bahagian suntingan hingga terhasil filem komedi aksi yang menarik,” katanya.
Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Namun, Shah Dhani juga merupakan seorang yang banyak hutang dan kaki judi.
Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.
Pelakon-pelakon lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.
Manakala bagi penampilan istimewa seperti, wajah-wajah popular seperti Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang turut menghiasi Marabahaya Underground.
Filem Marabahaya Underground boleh mula ditonton di saluran Astro First bermula 2 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dituduh Tidak Promosi Filem Sendiri, Ini Jawapan MK K-Clique

gempak
03/02/2022
09:50 MYT
MK berjanji untuk lebih peka selepas ini
Laman Utama

“Kalau Produser Minta Saya Kuruskan Badan Demi Watak, Saya Buat!” - Zalif Sidek

gempak
11/12/2021
02:50 MYT
Wah, komited!
Laman Utama

“Fuh.. Lain Macam Vibe Dia! Keep It Up Gaiss” - Netizen Teruja Tonton Klip Videp Velocity, OST Filem Marabahaya Underground

gempak
10/12/2021
08:50 MYT
Memang gempak habis!
Laman Utama

4 Sebab Hazama Suruh Tonton Marabahaya Underground, #1 Tu Memang Buat Peminat Kereta Love Sangat!

gempak
09/12/2021
09:50 MYT
Wahh macam best!
Laman Utama

Berlari Ketika Bulan Puasa Antara Cabaran Yang Dilalui Oleh Para Pelakon Marabahaya Underground Ketika Sesi Penggambaran

gempak
08/12/2021
12:20 MYT
Respek dengan para pelakon!