,
Laman Utama

Cara Mudah Nak Halau Semut Dari Kerumun Pinggan Makan Haiwan Kesayangan Anda

Izwan Isa
23/09/2023
12:50 MYT
Menyingkirkan semut dalam mangkuk haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing boleh menjadi cabaran bagi penghuni rumah.
Semut boleh membawa bakteria dan bahan tercemar yang menyebabkan makanan haiwan peliharaan cepat reput, menjejaskan selera makan dan kesihatan haiwan kesayangan.
Sesetengah bahan seperti soda penaik atau kapur barus berkesan untuk menghalang semut daripada berkumpul di kawasan tersebut.
Tetapi, adakah anda pasti kaedah ini selamat? Jika tertelan secara tidak sengaja, haiwan peliharaan kita juga boleh jatuh sakit akibat termakan bahan asing.
Terdapat satu cara paling selamat untuk menghalang semut yang ramai datang ke kawasan mangkuk haiwan kesayangan kita, iaitu dengan petroleum jelly.
Menurut halaman Housedigest, semut tidak suka melintasi kawasan yang terdapat bahan melekit. Walaupun jeli petroleum kelihatan seperti lapisan nipis, bagi semut atau serangga lain ia agak menjengkelkan untuk melaluinya.
Selain itu, jeli petroleum juga dianggap sebagai bahan yang selamat dan tidak toksik untuk kucing atau anjing. Cara menggunakan jeli petroleum untuk menghalau semut juga agak mudah. Kita hanya perlu lumurkan bahagian luar atau tepi mangkuk dengan pelembap ini.
Seboleh-bolehnya, pastikan tiada celah untuk semut melalui kawasan yang telah kita bulatkan dengan petroleum jelly.
Kaedah ini boleh digunakan kira-kira sekali seminggu. Pun begitu, sekiranya secara kebetulan haiwan peliharaan kita kerap menjilat kawasan yang telah disapu jeli petroleum, kita perlu menyapukannya pada mangkuk dengan kerap.
Namun, kerana jeli petroleum melekit dan mudah menarik kotoran, kita juga perlu kerap mencuci mangkuk sebelum menggunakannya. Membersihkan mangkuk dengan kerap juga boleh menjadikan mangkuk haiwan peliharaan kurang menarik kepada semut.
BACA: Sebab Simpan Dendam Pada Tuan, Kucing Kesayangan Pun Jadi Mangsa Sihir​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Laman Utama

Selepas Semut, Ular Spesis Baru Di Peru Diberi Nama Sempena Harrison Ford

gempak
16/08/2023
14:51 MYT
Harrison Ford kini punya ‘keluarga baharu’ selepas seekor ular spesis baru yang ditemui di Peru diberi nama sempena menghormati aktor tersebut.
gaya hidup

Betul Ke Termakan SEMUT Punca Jadi PELUPA? Kalau Masih Muda Tapi Asyik Lupa, Anda Perlukan Rawatan

gempak
15/01/2021
07:33 MYT
Belum ada fakta sahih dikeluarkan tapi ada kajian mengatakan terdapat sejenis enzim di dalam badan semut yang boleh memberi kesan kepada sistem saraf otak. Alamak!