gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Bau Badan, Ada Sebab Scha Elinnea Pilih Untuk Tak Tegur - “Saya Rasa Yang Ada Bau Badan Tahu Je Mereka Berbau Cuma…”
HIBURAN
Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”
HIBURAN
Ada ‘Makcik’ Tak Kenal Fasha Sandha, Siap Nak Kenenkan Dengan Cucu - “Sampai Ke Sudah Tak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Caprice Ulas Isu Kedudukan Ordinan Darurat, Tapi Sempat Tempelak Artis Kirim Keychain & Piramid

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
30/07/2021
03:40 MYT
Sponsor Banner
Caprice Ulas Isu Kedudukan Ordinan Darurat, Tapi Sempat Tempelak Artis Kirim Keychain & Piramid
Ibarat memulangkan paku buah keras, penyanyi rap Caprice sempat menempelak sekumpulan artis yang memerlinya ketika berlaku kontroversi baru-baru ini.
Caprice menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) berkata, dia akan membawa pulang air zam-zam, keychain dan piramid kepada artis-artis yang telah mengirimnya.
“Saya pernah terlepas cakap dekat satu IG Live dengan penuh emosi yang saya takkan balik Malaysia selagi kerajaan tak tukar.
“Tapi ada artis yang buat lawak, yang nak kirim air zam-zamlah, keychain piramidlah…Hang tunggu sat tak lama lagi ceq (saya) akan bawak satu piramid turun Malaysia,” tempelaknya.
Sebelum itu, menerusi rakaman ‘What Is In The News Today’ Caprice telah menyentuh tentang isu mengenai pembatalan darurat yang tidak mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Terdahulu media telah mengeluarkan Kenyataan penuh Istana Negara mengenai kedudukan Ordinan Darurat.
Baginda telah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, apabila Kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Caprice Ordinan Darurat
#Darurat Batal
#DYMM Dukacita
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement