Laman Utama

Caprice Rugi RM958,400 Gara-Gara Kontroversi & Fitnah, Tiga Pekerja Lari!

gempak
Fiza Kamarudin
28/09/2021
13:22 MYT
Sponsor Banner
Caprice Rugi RM958,400 Gara-Gara Kontroversi & Fitnah, Tiga Pekerja Lari!
Penyanyi rap dan usahawan Caprice, akui mengalami kerugian hampir satu juta ringgit gara-gara kontroversi dan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
Caprice menerusi perkongsian di aplikasi telegram turut mendedahkan mengenai produk-produknya yang tidak terjual langsung sejak dirinya viral.
“Ini adalah stok yang tidak boleh jual langsung sejak kita viral. Atas sebab tertentu ia sangat susah untuk dijual dan semua stok ni tak gerak langsung.
“Tahun lepas kita takkan nampak stok-stok macam ni dekat ofis sebab memang laku keras dan selalu licin. Tapi sejak viral semua ni tak boleh jual gais,” katanya.
Disebabkan itu Caprice terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM958, 400 untuk 16,000 kotak produk yang tidak terjual.
“Itu bermakna kita tengah rugi sekarang dan ia adalah berita buruk buat Caprice,” katanya.
Dalam pada itu Caprice juga berkongsi mengenai tiga orang pekerja yang meninggalkan syarikat Rindu Raudah.
“Dan waktu kita hilang tiga bulan, tiga pekerja Caprice hilang juga. Saya cuma nak beritahu kepada semua sesuatu tentang kehidupan.
“Apabila semua tengah best semua tengah senang memang kita enjoy. Dan apabila kita tengah susah ada sesetengah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita. Itulah kehidupan.
“Tapi bagi saya kalau boleh cara terbaik apabila hendak memulakan perniagaan ialah susah senang kita kena sama-sama. Bukan time senang je kita enjoy tapi time susah pun kita enjoy dan kerja lagi keras,” katanya.
Bagaimanapun kata Caprice dia tidak akan berputus asa dan akan terus bangkit demi Rindu Raudah.
“When time are tough you meant to do better, you’re not meant to run away, so when people ciao from you life that is….
“Walaupun saya sedang kecewa tetapi itulah hidup. Insya-Allah kita akan kembali bangkit dan saya akan dokumentasikan seluruh perjalanan hidup saya menempuh fasa sukar ini,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024