Viral
“Cantiknya Bahasa, Semoga Perbuatan Akak Ini Sama Cantik Dengan Pemakaian & Wajah” - Syamimia Bidas Teguran Sinis Netizen
Personaliti media sosial, Syamimia membalas komen seorang individu dilihat seolah-olah menyindir penampilannya yang tidak bertudung.
Komen itu ditulis oleh individu berkenaan pada hantaran video terbaharu Syamimia yang merakamkan momen dirinya bersama keluarga sedang menyediakan makanan di dalam rumah PPR miliknya yang sedang dalam proses renovasi.
“Itu tak pelik wak, reno rumah boleh, beli tudung tu tak boleh, itu lagi hairan,” tulis individu berkenaan.
@syamimia_
Sempat live dekat IG tadi masak sambal tumis untuk makan malam ni. Jemput makan ?♬ Ylang Ylang - FKJ & ((( O )))
Tidak berdiam diri, Syamimia kemudiaannya membalas komen tersebut.
“Wah cantik bahasa akak. Semoga perbuatan akak di dunia ini sama cantik dengan pemakaian dan wajah akak,” balasnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan komen Syamimia dan mengatakan bahawa seseorang individu tidak sepatutnya menegur orang lain dengan cara sindiran.
Antara komen yang diterima:
“Lagi hairan kalau kita duk kira dosa pahala orang. Hairan betul,”
“Wah ayat kau macam hidup dekat dunia perfect, nak cakap macam tu,”
“Lagi hairan sampai lupa kira dosa sendiri, confident orang macam tu, macam dah listed ahli syurgawi je nauzubillah,”
BERITA TRENDING: Syamimia Mohon Hentikan Fitnah, Pergi Bercuti Tapi Diperli - “Segerombolan Lelaki Panggil Saya Isra**”
Must-Watch Video