,
Laman Utama

“Cantik Semua Cantik, Macam Dekat Galaxy” - Pelamin Mewah Mira Milzah Buat Ramai Kagum!

Hanafis Haris
04/09/2020
20:38 MYT

Pengantin baru Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila majlis resepsinya umpama bertemakan galaksi.

Dengan bertemakan Midnight Sky, dekorasi majlis resepsi pengantin wanita itu dibawa khas perancang perkahwinan mewah terkemuka, Reka Teemor.

Memilih warna violet, pelamin majlis berkenaan juga dihiasi dengan jambangan bunga daripada setiap sudut.

Paling menarik, latar belakang pelamin turut memaparkan visual seakan bintang yang bermegerlapan.

Rata-rata netizen memuji konsep dan pelamin pada majlis resepsi berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan konsep tersebut seperti bintang galaksi.

Selain pelamin, antara yang menarik perhatian adalah kek bertingkat yang berpusing.

Selain itu, busana rekaan Fiziwoo yang digayakan Mira Filzah juga mencuri tumpuan.

Mira dan Wan Emir selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.58 malam, kelmarin.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah

Dalam majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu pihak perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin serta 9 dulang berbalas 11 dulang. Bagaimana pun wang hantaran dirahsiakan.

BACA : Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Bollywood

Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

gempak
16/07/2024
15:40 MYT
Perkahwinan serba mewah anak orang kesembilan terkaya dunia, Anant Ambani dengan Radhika Merchant masih menjadi buah mulut.
Hiburan

“No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

gempak
12/07/2024
03:55 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan serta privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.