Hiburan
Cantik Macam Iklan Tourism! Muzik Video 'Gadis Kelabit' Ini Tonjol Kecantikan Sarawak
Bimbang suku kaum Kelabit yang diwarisinya hampir pupus, gadis kacukan Sarawak, Inggeris dan Itali ini nekad menghasilan karya muzik daripada warisan itu.
Tampil dengan lagu berjudul Midang-Midang, Alena Murang masih mempertaruhkan genre 'muzik dunia' untuk tatapan pendengar.
Menceritakan bagaimana lagu berkenaan terhasil, Alena berkata, dia menggunakan muzik original yang diperoleh daripada seorang makcik sebelum ia kemudiannya ditambah baik menjadi satu karya yang lebih kontemporari.
"Saya disapa oleh seorang makcik ini yang bertanya adakah saya penyanyi. Selepas mengetahui siapa saya, dia terus sarung pakaian tradisonal dan menyanyikan lagu Midang-Midang.
"Berbekalkan demo oleh makcik tersebut, saya garapkan ia menjadi satu muzik yang lebih besar dengan bantuan sepupu lelaki saya sendiri. Kami rekod lagu ini pada tahun 2016 sebelum kemudiannya menghasilkan muzik video tahun ini," katanya.
Jelas Alena lagi, Midang-Midang bermaksud jemuran panas dan lagu berkenaan lebih memaparkan kepada budaya komuniti Kelabit itu sendiri.
"Saya gunakan sepenuhnya bahasa Kelabit lama dalam lagu ini. Saya mahu orang tahu seni dan budaya yang banyak di Sarawak.
"Sebab itu dalam muzik video ini banyak elemen sarawak ditampilkan termasuklah rumah panjang, sape, serta pantai-pantai indah di sekitarnya.
"Anda boleh tonton di YouTube rasmi saya bermula malam ini," katanya.
Alena ditemui ketika majlis pelancaran muzik video di Quill City Mall, hari ini.
Must-Watch Video