Hiburan
“Cantik Di Lihat Tapi Kesejukan Dia Tahap Beku” - Nora Danish Terkenang Keindahan Negara Iceland
Pelakon Nora Danish mengimbau kembali kenangan sewaktu menjalani sesi fotografi bagi jenama fesyennya di Iceland pada tahun 2016.
Menerusi laman sosial Instagram, Nora berkongsi tiga keping foto keindahan negara tersebut untuk tatapan umum.
“Subhanallah, cantik di lihat tapi kesejukan dia tahap beku. Salah satu negara yang saya akan jejak lagi nanti.
“Seronoknya buat fotografi ni bila dapat pakai baju cantik-cantik tak kira cuaca. Beku tak beku belakang cerita,” tulis Nora menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Nora sempat berada di salah satu air terjun yang tercantik di Iceland sambil memperagakan baju raya dan tudung dari koleksi raya jenamanya, Owl by Nora Danish.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya turut memuji keindahan negara tersebut serta keayuan Nora mengenakan baju dan tudung daripada jenamanya.
“Ayunya Nora! Tapi tempat tu cantiknya,” komen seorang wargamaya.
“Comelnya Nora bertudung macam ni,” puji seorang wargamaya.
“Cantiknya air terjun tu. Pemandangan dan model memang serasi,” kata seorang wargamaya.
“Omg teringat balik kenangan-kenangan saya ketika di sana,” kata seorang wargamaya.
Terdahulu, Nora melancarkan jenama Owl by Nora Danish sekitar tahun 2016 dengan memberi fokus pada fesyen wanita.
Must-Watch Video