,
Gaya Hidup

Cantik Dan Berbaloi! 5 Koleksi Raya Pereka Tempatan Yang Patut Anda Miliki

Amri Hassan
08/06/2017
10:00 MYT
Kurang lebih dua minggu umat Islam seluruh dunia bakal meraikan sambutan Aidilfitri.
Namun, bagi yang masih belum mempunyai idea untuk melaram di pagi Syawal nanti, kami himpunkan 5 koleksi terbaik Aidilfitri 2017 daripada pereka tempatan yang patut anda miliki tahun ini.
1) Rizalman
Meraikan sambutan jubli perak tahun ini, Datuk Rizalman Ibrahim menyediakan seleksi terbaik untuk dihimpunkan dalam koleksi khas Zalora. Rizalman mengambil inspirasi daripada pereka couture terkenal dunia dan disuntik dalam koleksi raya kali ini.
Lipatan lisu dan lapisan fabrik berenda dilengkapi dengan perincinan floral dan kristal Swarovski menambah nilai eksklusif rekaan ini.
Rizalman for Zalora Harga: RM222 - RM1,589
2) Alia Bastamam
Estetik koleksi Aidilfitri Alia Bastamam tahun ini mengetengahkan gabungan ciri-ciri floral dan geometri Malaysia, Jepun dan China dalam potongan klasik Baju Melayu, kimono, dres empire cut dan kebaya Nyonya.
Manakala baju kurung tradisionalnya diberikan sentuhan fabrik telus dengan signatur potongan pinggang tergantung yang menjadi ideologi Alia sejak 2013.
Harga: RM549 - RM599
3) Rico Rinaldi
Bertemakan kisah legenda Bawang Putih Bawang Merah, pereka terkenal Rico Rinaldi menyuntik nafas baharu dalam koleksi Summeraya 2017. Menerapkan elemen semulajadi dan permainan warna terkini, Rico Rinaldi mempertaruhkan siluet moden dan glamor.
Sebanyak 24 rekaan disediakan untuk koleksi Rico Rinaldi for Zalora. Kebanyakan baju kurung yang diserapkan dalam rekaan ini membawa signatur lengan dan lengan dengan perincian minimal.
Harga: RM405 - RM529
Manakala, untuk Rico Rinaldi Bespoke pula, Rico menekankan siluet lengan, skirt ruffle dan baju kurung mewah untuk pelanggan setianya.
Harga: RM1,999 - RM3,999
4) Nurita Harith
Koleksi ready-to-wear raya NH by Nurita Harith mengekalkan signatur draping dan perincian mewah untuk nafas glamor. Helaian klasik baju kurung diperindahkan dengan renda romantis selain diperhalusi dengan siluet ringkas. Nurita tampil lebih kontemporari dan sofistikated, sesuai untuk wanita yang mahukan gaya bersederhana.
Harga: RM589 - RM639
5) Fiziwoo
Bagi yang inginkan gaya yang elegan, Fiziwoo adalah pilihan paling ideal. Tampil dengan inspirasi daripada budaya dan estetika tradisional Malaysia, Fiziwoo menyuntik elemen kontemporari dalam setiap rekaan. Masih kekal dengan signatur siluet sama, pereka duo ini menggunakan alternatif fabrik shantung bagi koleksi terbaharu mereka.
Bagi koleksi Raya and The City: Chapter 2, rekaan kali ini meluaskan fokus kepada demografi luar Kuala Lumpur.
Harga: RM480 - RM630
Koleksi kedua Fiziwoo fo Pret-A-Porter pula menginterpretasi gaya biduanita Saloma dalam rekaan peplum dan bell sleeve.
Harga: RM399 - RM489
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang