,
Berita

"Cak Ketum Tak?! Kelas Tak Crown Tu?" - Kelakarnya! Lakonan Terbaharu Amyza Aznan Cuit Hati Netizen

Elrafaei Sapi
10/01/2019
14:33 MYT
Pernah tak tengok gaya pekerja kedai makan lap meja sambil jinjing bekas garpu atas kepala?
Ia mungkin dianggap kurang siuman tapi gaya macam itu mampu dilakukan pelakon senior, Amyza Aznan.
Dia yang kelihatan anggun berbaju kurung warna biru menunjukkan kemahiran mengelap meja dalam satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, @amyzaaznankaaia.
Apa yang menarik perhatian netizen, dia yang seperti melakonkan watak pekerja warung boleh mengimbangi garpu dengan sudu dalam satu bekas yang diletakkan atas kepala.
"Cak ketum tak?!!! kelas tak crown tu!!! Hahahhaahaha ada ni ha. Shooting!! Dram trrbaru...dan perangai tak senonoh yg terbaru!!," katanya dalam status itu.
Rupanya aksi pelakon itu hanyalah dalam sebuah telefilem terbaharu arahan Shuhaimi Lua.
Netizen turut memuji lakonan Amyza itu yang jarang dipertontonkan dalam drama sebelum ini.
"Cik gayah mmg xpernah menghampakan.. Xoxo," kata netizen @ziehan.omar.
Lakonan penuh penghayatan itu jua di komen rakan artis, Zara Zya.
"Mmg perangai lah dia ni," katanya.
Memang aksi tersebut mengelikan hati ramai netizen yang terhibur menonton aksi dalam media sosial itu.
"Hahahahaaa..akak memang kelakarrr habis..salute u sis...," kata netizen @liza_hamid.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!

gempak
14/08/2024
02:55 MYT
Pelakon Zara Zya berkongsi paparan skrin memperlihatkan mesej daripada individu yang menuduh dirinya itu menganggu rumah tangganya.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Hiburan

“Dah Boleh Duduk Perlahan-Lahan, Sedikit Berjalan” - Zara Zya Syukur Selamat Jalani Pembedahan

gempak
03/06/2024
15:00 MYT
Pelakon, Zara Zya selamat menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan untuk dua sindrom yang dihidapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.
Hiburan

“Memang Saya Tak Pernah Memilih Pun” - Zara Zya

gempak
10/03/2024
13:55 MYT
Zara tak kisah pegang watak sama.
Hiburan

"Cinta Saya Pada Zara Zya Hanya Sebagai..." - Alha Alfa

gempak
10/03/2024
02:50 MYT
Usahawan produk kecantikan, Datuk Seri Alha Alfa, bersama-sama pelakon Zara Zya merakamkan lagu bersama berjudul Cinta Agung