,
Laman Utama

Bye Bye Elon Musk, Tokey Louis Vuitton Pegang Rekod Individu Terkaya Di Dunia

Maliah Surip
16/12/2022
13:34 MYT
Rasmi! Elon Musk tidak lagi memegang rekod individu paling kaya di dunia kerana gelaran tersebut telah ‘dirampas’ oleh Bernard Arnault.
Meskinya namanya tidak popular, Arnault malah menjadi individu Eropah pertama yang menduduki daftar puncak orang paling kaya versi Bloomberg.
Namun rekodnya menduduki carta orang nombor satu terkaya di dunia itu tidak menghairankan jika melihat kepada rangkaian bisnes yang diusahakannya.
Lelaki berusia 73 tahun itu adalah pemilik brand barang mewah Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH).
Menurut laporan CNN, Arnault kini memiliki kekayaan sebanyak US$ 171 bilion atau RM756.3 bilion, jauh meninggalkan kekayaan Musk. Beliau malah telah lama memegang status individu terkaya di Eropah.
Arnault yang lahir di Roubaix di utara Perancis pada tahun 1949, dilaporkan berjaya mengukuhkan kedudukan LVMH dalam tiga dekad terakhir ini.
Biarpun dunia dilanda pandemik, orang masih berbelanja dan membeli barangan mewah seperti LV.
Di bawah LVMH sendiri, Ranault menguasai 75 label yang antaranya menjual fesyen, barang kulit, minyak wangi, kosmetik, jam tangan, aksesori dan penginapan mewah di hotel.
Sementara pemilik Twitter tersebut dilaporkan memiliki aset sebanyak US$ 164 bilion atau RM725.3 bilion dan pembelian platform tersebut dikatakan belum lagi membantu meningkatkan kekayaan Musk.
Musk malah kehilangan sekitar RM473.2 bilion sepanjang tahun ini.
Meski demikian Musk tetap lebih kaya dari taikun asal India, Gautam Adani (US$ 125 bilion atau RM552.8 bilion) dan bos Amazon Jeff Bezos (US$ 116 bilion atau RM513.0) berdasarkan indeks kekayaan Bloomberg.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

'Penembak Tular' Korea Selatan, Kim Ye-ji, Dilamar Peraga Fesyen Louis Vuitton Dalam Majalah W

gempak
03/09/2024
03:55 MYT
Persis supermodel hebat. Itu gambaran penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji, yang memperagakan fesyen berprestij Louis Vuitton di Majalah W, baru-baru ini.
Sukan

Imane Khelif Namakan Elon Musk, JK Rowling Dalam Tuntutan Undang-Undang Terhadap Kes Buli Siber Di Media Sosial

gempak
14/08/2024
01:25 MYT
Petinju Algeria Imane Khelif menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan siber melampau.
Hollywood

Pernah Ada Anak Kembar Tiga, Elon Musk Sambut Anak Ke-12

gempak
25/06/2024
14:45 MYT
Elon Musk rasmi menjadi bapa kepada 12 orang anak selepas ahli keluarga terbaharunya itu dilahirkan awal tahun ini.
Gaya Hidup

5 Individu Terkaya Dunia, Elon Musk & Mark Zuckerberg Bukan Lagi Nombor Satu!

gempak
07/02/2024
14:35 MYT
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Meta Platforms , Mark Zuckerberg, berada di kedudukan keempat dalam senarai manusia terkaya di dunia.
Laman Utama

Elon Musk Dakwa Maksud Nama Unik Anak Ketiga Berkaitan Konsep Matematik

gempak
11/09/2023
15:50 MYT
Pelik-pelik je