,
Laman Utama

Burukkan Nama Arwah Isteri, Dituduh Ahli Organisasi ‘F’, Shuib Bidas Dakwaan Netizen - “Tunggu Kenyataan Dari Pihak Legal Saya”

Izwan Isa
30/06/2023
23:50 MYT
Pelawak dan pengacara, Shuib Sepahtu membidas kenyataan seorang individu di platform Facebook yang menuduh dirinya sebagai seorang ahli sebuah organisasi yang bermula dengan huruf F.
Shuib ketika dihubungi berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau, lebih-lebih melibatkan arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah.
“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.
“Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, seorang individu menuduh Shuib sebagai salah seorang ahli organisasi yang bermula dengan huruf F, gara-gara gambar Shuib dan Watie yang dikongsikan oleh semua akaun Facebook.
BACA: Gembira Shuib Bertemu Jodoh, Bapa Arwah Siti Sarah Pesan - “Jaga Perasaan Isteri Seperti Mana Layan Arwah Dulu"
Menurusi gambar tersebut, Watie menutup mata kiri Shuib manakala Watie sendiri menutup mata kanannya.
Individu terbabit juga menulis tuduhan berbaur negatif terhadap Siti Sarah.
Shuib bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
BACA: “Belum Pernah Sekali Pun Manja Main Golf Dengan Shuib” - Ibu Shuib Jawab Dakwaan Netizen
Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.