gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Burberry Jual Pelitup Muka Berharga RM490 Sehelai, Apalah Yang Special Sangat Tu?

Amri Hassan
Amri Hassan
21/08/2020
07:45 MYT
Sponsor Banner
Burberry Jual Pelitup Muka Berharga RM490 Sehelai, Apalah Yang Special Sangat Tu?
Burberry menjadi jenama mewah pertama yang melancarkan koleksi pelitup muka.
Jenama itu mengumumkan pelancaran koleksi tersebut pada Khamis walaupun tarikh sebenar dipasarkan masih belum diketahui.
Memetik laporan The Guardian pelitup muka rekaan Burberry itu mementingkan aspek kelestarian dan dihasilkan daripada kain yang tidak digunakan.
Malah, ia turut dihasilkan menggunakan teknologi antimikrob.
Menurut laman web Burberry UK, pelitup muka itu akan dijual dengan harga £90 (kira-kira RM490) setiap satu, dengan dua pilihan warna iaitu kuning air dan biru.
Setiap pembelian juga akan disertakan dengan beg kecil bagi tujuan penyimpanan.
Sebanyak 20 peratus daripada hasil penjualan akan disumbangkan kepada Tabung Komuniti Yayasan COVID-19.
Semenjak ditubuhkan, tabung itu telah membantu memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19, malah turut menyumbangkan dana bagi penyelidikan vaksin.
Burberry tidak bersendirian dalam usaha amalnya kerana jenama mewah lain seperti Gucci, Versace, Chanel, dan Louis Vuitton turut memberikan sumbangan yang besar dalam usaha memberi bantuan di Eropah.
April lalu, Business Insider melaporkan Burberry menggunakan kilang untuk menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE), termasuk gaun hospital dan pelitup muka.
Tapi, anda juga boleh mendapatkan pelitup muka dengan harga yang masuk akal dengan membeli produk yang dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Radzuan Radziwill x Gempak.
Pelitup muka edisi khas sempena Bulan Kemerdekaan itu dijual serendah RM20 sehelai!
BACA: 5 Sebab Anda Harus Miliki Pelitup Muka Edisi Khas Radzuan Radziwill!
BACA: "Boleh Buat Kenang-Kenangan" - Cantiknya Pelitup Muka Datuk Radzuan Radziwill Special Edition Ni!
Topic Berkaitan
#Burberry
#Mask
#Radzuan Radziwill
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement