gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
HIBURAN
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
BERITA
Bekas Ratu Cantik Ditemui Mati Terapung Selepas 4 Hari Diculik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bunga Isme Kongsi Pengorbanan Demi Ijazah & Ibu, Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi - “Gagal Dua Kali, Naik Tren 6 Pagi, Ulang Alik Seremban…”

Mya Amri
Mya Amri
08/08/2025
09:58 MYT
Sponsor Banner
Bunga Isme Kongsi Pengorbanan Demi Ijazah & Ibu, Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi - “Gagal Dua Kali, Naik Tren 6 Pagi, Ulang Alik Seremban…”
Penyanyi, Bunga Isme pernah melalui titik terendah di dalam hidupnya sehingga membuat dia pernah terfikir untuk berhenti menyanyi.

Pernah gagal dua kali

Pemikiran pemikiran itu tercetus selepas dia dua kali gagal sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.
Menurut Bunga, dia hampir berputus asa kerana terlalu penat berulang alik dari rumah di Damansara untuk ke kampus yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

"Sebenarnya saya betul-betul down sewaktu belajar adalah ketika pernah dua kali gagal untuk dua semester. “Semester ketiga dan keempat saya ada gagal satu subjek. Masa gagal kali kedua itu, saya terfikir mungkin sudah tidak boleh nak lakukan ini semua (belajar sambil menyanyi),” ujarnya.

Bunga berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran album Seharum Nama bertempat di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tak sanggup biar ibu sendirian

Menjelaskan lebih lanjut, Bunga berkata dia sanggup berulang alik untuk jarak yang jauh kerana tidak mahu membiarkan ibunya seorang diri di rumah.
“Waktu itu saya duduk dengan mak, ulang alik dari Damansara ke Seremban setiap hari. Pernah tiada kereta, nak pergi sana kena naik tren.

“Kena bangun pukul 5 pagi, kena berada di tempat tren 6 pagi, balik daripada kelas pukul 6 petang sampai rumah 11 malam. “Memang boleh menyewa di Seremban tapi saya ada mak di rumah yang keseorangan, tak akan nak sewa dua tempat. Lebih baik duduk satu tempat dengan mak dan ulang alik hari-hari.

“Ketika itu jadi sangat penat, ‘burnout’ dan kita juga tidak ada masa untuk diri kita. Sampai satu masa saya terlupa yang saya sudah lama tak bercuti sebenarnya.
“Disebabkan itu selepas berkahwin saya cuba melakukan aktiviti luar seperti berkhemah dan menikmati alam semula jadi,” jelasnya.

Rakan & keluarga pemberi semangat

Dalam pada itu, Bunga bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Tapi disebabkan oleh keluarga dan rakan-rakan yang ada tahu saya pernah susah senang buat muzik, jadi mereka selalu ingatkan kenapa kita buat muzik, kenapa saya pilih jalan ini.

“Mereka juga selalu ingatkan yang diri saya ini sudah cukup usaha hanya tinggal tawakal sahaja, kalau jatuh, bangkit lagi,” ujarnya.
Terdahulu, Bunga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada November tahun lalu.
Untuk rekod, Bunga merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan di UiTM di Seremban 3, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Pengorbanan
#Bunga Isme
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement