,
Laman Utama

Bunga Dan Kayu Papar Genre Komedi Romantik, Sesuai Buat Tontonan Seisi Keluarga - Gayatri

Izwan Isa
25/04/2022
12:50 MYT
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, filem baharu terbitan rumah produksi berkenaan, Bunga Dan Kayu dilihat mampu memberikan hiburan terbaik buat penonton sepanjang Aidilfitri tahun ini.
Gayatri berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, banyak filem-filem komedi diterbitkan dan bagi Infinitus sendiri, menerbitkan karya komedi romantik seperti Bunga Dan Kayu adalah satu hal yang telah lama diimpikan.
“Kenapa pilih komedi romantik? Sebab bila COVID-19 melanda dan pandemik bermula, banyak karya-karya komedi ditayangkan dan ia datang dari pelbagai genre. Jadi, kami pun tak banyak beza.
“Kami dah buat komedi romantik sejak dulu lagi, seperti filem Laila Isabella… dan komedi romantik merupakan antara genre kegemaran saya. Jadi bagi saya ia masa yang sesuai untuk kami untuk keluarkan sesuatu seperti ini.
“Saya sendiri tidak pasti sama ada filem ini bakal mendapat sambutan atau tidak, terutama apabila golongan muda ada genre pilihan mereka sendiri, tetapi bagi saya ia satu karya yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga,” katanya kepada Gempak.
Filem Bunga Dan Kayu menampilkan MK K-Clique dan Azira Shafinaza sebagai tonggak utama.
Bunga Dan Kayu mengisahkan tentang Noah (lakonan MK) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!