,
Laman Utama

Buncit Dituduh Hamil Anak Ariel Noah, Ini Jawapan Bunga Citra Lestari- "Saya Sedih Bila... "

Syafiqah Jalal
09/11/2022
23:02 MYT
Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menafikan tuduhan bahawa dia sedang hamil anak kepada vokalis Ariel Noah seperti yang tular di media sosial baru -baru ini.
Malah, BCL sedih apabila netizen seolah- olah mahu melakukan 'body shaming' terhadap bentuk tubuhnya ketika itu yang dilihat seperti perut sedikit membuncit.
"Saya lagi sedih bila orang 'body shaming'...hey saya makan lah!
"Baik, nak tengok? (sambil berdiri dan menunjukkan perutnya). Ini biasalah perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam.
"Dari foto itu saya rasa tak semua orang faham angle gambar ketika itu yang mungkin dilihat sebaliknya atau mungkin perut saya sedang bloating atau sedang datang bulan ke...semua kemungkinan itu boleh menyebabkan bentuk perut saya berubah," luahnya kepada Astro Gempak.
BCL menjawab persoalan itu kepada media selepas Majlis Sidang Media Konsert Blossom Intimate Concert di Kuala Lumpur Convention Centre pada petang Rabu.
Lebih mengecewakannya gosip itu dikaitkan dengan penyanyi Ariel Noah yang namanya tiba-tiba panas apabila dikaitkan dengan spekulasi kehamilan berkenaan.
"Dia kawan baik saya. Pada saya netizen sengaja suka buat gosip sekadar hiburan.
"Mereka tak tahu dan tidak bersama saya setiap hari macam mana mereka tahu? Saya tak salahkan mereka tapi saya tidak suka mereka mengatur hidup saya," jelasnya.
BCL bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia menerusi BCL Blossom Intimate Concert pada 27 Januari 2023.
Konsert itu bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar