,
Laman Utama

Bulu Ketiak Anak Madonna Jadi Tumpuan, Kata Netizen; "Tidak Mencukur Itu Satu Seni"

Amri Hassan
12/04/2021
10:24 MYT
Lain yang dikongsi, lain yang diperhatikan! Itu yang terjadi kepada diva pop tersohor dunia, Madonna.
Baru-baru ini, Madonna telah berkongsi sekeping foto bersama anaknya, Lourdes di Instagram.
Dalam foto wefie terbabit, Lourdes yang berbaju hijau memegang telefon untuk merakamkan foto berdua bersama Madonna sambil aksi mereka dirakamkan lensa kamera lain.
"Like Pieces of your Heart Walking around outside of you... #lola," tulis Madonna pada kapsyen foto berkenaan.
Namun, hal yang menjadi perhatian warganet adalah bulu ketiak Lourdes dalam aksi wefie berdua itu!
Hal yang menjadi sorotan warganet yang nakal itu dibantah keras oleh peminat setia penyanyi itu malah, menyifatkan bulu pada tubuh wanita bukan hal yang memalukan.
"2021 dan orang masih terkejut dengan bulu pada tubuh badan wanita," tulis seorang pengguna.
"Biar betul? Gambar ini cantik, memaparkan aksi bahagia antara ibu dan anak namun orang masih bercakap tentang bulu ketiaknya? Come on...," tambah pengguna lain.
"Terlalu banyak kebencian terhadap foto ini hanya kerana dia (Lourdes) tidak mencukur," tulis pengguna lain pula.
"Tidak mencukur itu satu seni," puji pengguna lain.
Sejak dimuat naik pada dua hari lalu, foto berkenaan mendapat lebih 11,000 komen dan 700,000 tanda likes.
Lourdes, 24, merupakan anak sulung Madonna bersama bekas kekasihnya, pelakon Carlos Leon.
Lourdes merupakan seorang pereka fesyen dan pernah menghasilkan koleksi bersama Madonna pada tahun 2010.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.