,
Laman Utama

Bukti Sahabat Sejati, Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami - "Saya Segan Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas"

Amri Hassan
23/01/2022
11:50 MYT
Pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan berkonsepkan 'Malam Islamik' pada Sabtu.
Berlangsung meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, majlis persandingan itu merupakan hadiah dari rakan baik Heliza, Mila Jirin.
Majlis itu juga meraikan simbolik 15 tahun persahabatan Heliza dan empunya empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre itu.
Bercerita lanjut, Heliza pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang berputik sejak menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
"Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
"Siapa tak kenal dia memang 'tauke majlis kahwin' sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
"Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya 'tewas'. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya. Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila," katanya.
Pada majlis persandingan itu, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam dan putih.
"Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.
"Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya. Tapi saya meraikan cadangan itu," katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.
Terdahulu Heliza mengejutkan ramai pihak sekali gus membuka tirai tahun 2022 pada 1 Januari lalu dengan melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan berstatus jutawan itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Foto: Bizmilla Wedding Centre
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar