,
Berita

"Bukanlah Meniru Bruno Mars, Sebaliknya..." - Kucaimars

Asraf Aided
11/04/2019
13:29 MYT
Penyanyi yang baru menjinakkan diri dalam industri muzik, Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi menafikan nama pentasnya itu meniru nama penyanyi antarabangsa, Bruno Mars.
Menurut Kucaimars, namanya itu digabungkan dari nama jolokannya sejak zaman sekolah iaitu Kucai dan dipadankan dengan jenama coklat Mars.
"Ramai juga yang bertanya adakah nama pentas saya ada unsur meniru nama Bruno Mars.
"Sebenarnya, saya bukanlah meniru penyanyi antarabangsa itu, sebaliknya, nama Kucaimars ini adalah gabungan nama jolokan saya (Kucai) dan jenama coklat (Mars).
"Idea itu datang secara tiba-tiba dan saya sukakannya, bukan untuk meniru mana-mana artis lain," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Kucaimars telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Jawab.
Lagu ini boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasminya juga telah ditayangkan di YouTube mulai 29 Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kucaimars Jumpa Kembar, Netizen Terhibur - “Mana Satu Kucai Ni?”

gempak
03/02/2024
09:00 MYT
Video penyanyi, KucaiMars berjumpa dengan kembarnya iaitu, Nazrah, seorang gadis yang juga pernah tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Laman Utama

“Even Kena Reject Atleast…”- Peminat Luah Perasaan Cinta, Ini Jawapan Kucaimars

gempak
09/07/2021
13:55 MYT
Amboi perempuan sekarang berani ya
Laman Utama

Kucaimars Pertaruh Single Balada, Harap 'Wanita' Dapat Jadi Pengubat Yang Patah Hati

gempak
05/03/2021
02:30 MYT
Ini merupakan lagu pertama saya yang berunsur balada menyayat hati.
Berita

Minta Hantaran RM1,000 Sahaja, Gadis Ini Selamba ‘Lamar’ Kucaimars

gempak
28/07/2020
02:58 MYT
Hiburan

Kucaimars Dapat Idea Lepas Tengok Kawan Menangis

gempak
08/07/2020
21:01 MYT