,
Laman Utama

Bukan Tanah Perkuburan, Pemuda Pilih Semadikan Arwah Ibu Di Halaman Rumah

Maliah Surip
01/09/2021
14:45 MYT
Seorang pemuda menjadi tular di media sosial selepas memuat naik foto dirinya menyemadikan ibu yang meninggal dunia di halaman rumah.
Menerusi akaun Tik Tok dengan nama @adhefin yang dikemas kini semalam, pemuda tersebut dilihat tengah membersihkan kuburan sang ibu.
"Mungkin ini caraku," tulisnya sebagai keterangan. Namun dia tidak menjelaskan mengapa membina kubur ibunya di hadapan kediaman bukan di tanah perkuburan seperti selayaknya.
Melihat dari foto yang dikongsikan dari pelbagai media Indonesia, pemuda tersebut menyemadikan sang ibu sama seperti di tanah perkuburan biasa.
Kubur ibunya bukan hanya diletakkan batu nisan tetapi juga diliputi rumput dan bersih seperti di kawasan perkuburan.
Dia juga dilihat berkunjung ke kubur ibunya yang terletak di hadapan rumah dengan memakai pakaian sopan, berdoa selain menaburkan bunga mawar dan melati saat berziarah.
Tindakanya itu mendapat respon beragam daripada wargamaya.
Malah seorang wargamaya dilihat meninggalkan komen berbunyi: "Manfaat kubur di halaman rumah, jadi kalau rebut harta, rumah tak laku dijual.
Netizen lain pun ikut berkomentar dan menuliskan harapan mereka di masa depan.
"Saya ingin jika suatu saat nanti saya mati, dimakamkan di halaman rumah. Agar anak cucuku kelak setiap hari mengunjungi dan mendoakanku," tulis yang lain pula.
"Andai nanti rezekiku cukup, aku mahu orang tuaku dimakamkan di kawasan rumahku. Biar boleh berkunjung terus," kata seorang lagi wargamaya yang tertarik dengan cara pemuda tersebut.
Biar tidak memberitahu alasan di sebalik tindakannya menyemadikan arwah ibu di hadapan rumah, namun ada yang percaya hal itu dilakukan sebagai satu lambang kasih sayang buat wanita yang telah melahirkannya ke dunia.
Kredit Foto: Insertlive
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.