Laman Utama
“Bukan Soal Harga Tapi Menghargai” - Rizman Ruzaini Kongsi Rezeki, Tawar Hadiah Proton X50 Buat Pelanggan
Lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal, Rizman Ruzaini untuk kempen RR Beli dan Menang yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023.
Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan bersama mereka.
“Bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan Rizman Ruzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Tambahnya lagi, jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini.
“Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” kata Rizman.
Antara hadiah yang pastinya menjadi rebutan semua ialah sebuah kereta Proton X50 yang ditawarkan sebagai Hadiah Utama.
Menariknya, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri.
Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.
Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lainnya seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas daripada Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, iPad Pro untuk Hadiah Ketiga, iPhone 14 untuk Hadiah Keempat, Apple Watch untuk Hadiah Kelima dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.
Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal yakni hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.
Bagaimana cara untuk menyertai Kempen RR Beli dan Menang?
Teruja untuk menyertai kempen ini? Caranya mudah sahaja. RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit.Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini. Simpan resit sebagai bukti pembelian.
Kemudian, gayakan koleksi yang dibeli itu dan muatnaik gambar/video/reels anda di platform Instagram anda bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023.
Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar/video/reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik.
Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda dan dengan ucapan semoga berjaya!
Must-Watch Video