,
Hiburan

"Bukan Semua Penyakit Cyst Memerlukan Pembedahan" - Dr. Imelda

Asraf Aided
02/08/2019
08:34 MYT
Pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin menjelaskan bahawa bukan semua penyakit cyst yang dialami wanita harus dibuang melalui proses pembedahan.
Menerusi program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda, episod kelima malam tadi, Dr. Imelda mengatakan ramai wanita yang tidak menyedari kewujudan cyst dalam tubuh mereka.
"Sebenarnya, ramai wanita yang tidak menyedari kewujudan cyst dalam tubuh mereka kerana kadang-kadang, ia terbentuk dan akan mengecut dengan sendirinya.
"Jadi, oleh kerana itu, bukan semua wanita yang menghidap penyakit ini harus membuangnya melalui pembedahan jika ia mengecut dengan sendirinya.
"Dari segi pemakanan pula, tiada makanan yang dapat mengecut mahupun mengaktifkan cyst, ia berbeza dengan Fibroid," ujarnya.
Dalam episod tersebut, selebriti Hani Fadzil dan Siti Elizad turut diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman mereka yang pernah membuat pembedahan membuang cyst sebelum ini.
Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin serta beberapa tetamu undangan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Doktor Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"First Time Tengok Program tu, Dalam Hati Cakap Macam Best..." - Impian Syida Melvin Jadi Kenyataan

gempak
28/02/2020
03:00 MYT
Gaya Hidup

"Bukan Semua Keputihan Itu Penyakit" - Dr. Imelda

gempak
30/08/2019
07:54 MYT
Hiburan

"Pil Perancang Bukan Punca Berat Badan Naik" - Dr. Imelda

gempak
23/08/2019
09:58 MYT
Hiburan

"Asid Folik Tiada Kaitan Dengan Kesuburan, Tapi..." - Doktor Imelda

gempak
09/08/2019
05:23 MYT
Hiburan

"Makanan Kesihatan Tak Membunuh Sel Kanser" - Dr. Imelda

gempak
26/07/2019
11:21 MYT