gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Aksi 'Terlampau' Pemancing Tayang Ikan 39KG Diikat Belakang Kereta, Dicari Polis
HIBURAN
Nadia Khan Takut Dibandingkan Dengan Filem Ayah - “Bagi Saya Perbandingan Itu Terlalu…”
HIBURAN
Wanita Dakwa Abang Jisoo Blackpink Rakam Video S*ks Tanpa Kebenaran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

“Bukan Sebab Sayang, Tapi..." - Berkali Minta Cerai, Isteri ‘Abang Wiring’ Dedah Suami Enggan Ceraikan Sebab...

gempak
Umirah Halim
28/05/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Sebab Sayang, Tapi..." - Berkali Minta Cerai, Isteri ‘Abang Wiring’ Dedah Suami Enggan Ceraikan Sebab...
Isteri kepada lelaki dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial, tampil bersuara mengenai status rumah tangganya bersama lelaki tersebut yang juga dikenali dengan nama Hairul Ezuan.
Menerusi satu balasan di aplikasi Threads yang dikongsi pengguna bernama lovelieebeauty_melaka, dipercayai akaun isteri ‘Abang Wiring’, wanita tersebut menjawab pertanyaan seorang netizen yang bertanya sama ada suaminya bersetuju untuk menceraikannya selepas kontroversi yang melanda.
Wanita itu menjelaskan bahawa suaminya enggan melepaskannya walaupun dia sendiri sudah beberapa kali memohon untuk bercerai.
“Puan maaf nak tanya jadi suami setuju ke nak ceraikan puan? Rasa sedih sgt menimpa puan. Semoga puan sentiasa diberikan kekuatan,” soal seorang netizen.
“Dia takkan lepaskan saya, banyak kali dah saya minta cerai.. dia tak nak.. tapi bukanlah asbab ‘sayang’ pun.. tapi dia kenangkan anak-anak dia takde siapa jaga dan urus,” tulisnya.
Jawapan tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang bersimpati dengan keadaan wanita itu yang jelas sedang melalui fasa rumah tangga yang sukar.
Ramai yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti bahawa wanita tersebut tidak lagi sanggup meneruskan hubungan itu namun terpaksa bertahan demi anak-anak.
Isu rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian selepas dakwaan hubungan sulit antara Hairul dan seorang guru wanita tersebar luas di media sosial.
Beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara mereka turut didedahkan, sekali gus mengundang kecaman ramai.
Hairul sebelum ini tampil memberi kenyataan terbuka di Facebook dengan mengakui kesilapan yang berlaku dan memohon agar masyarakat tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut.
Dia juga berjanji akan menjelaskan segala perkara yang berlaku secara terperinci.
Topic Berkaitan
#Anak
#cerai
#Abang
#enggan
#Wiring
Must-Watch Video