,
Laman Utama

“Bukan Saya B*gel… Kalau Saya Pakai Kebaya Pun, Orang Dah Cop Saya Lucah!” - Kak KM

Izwan Isa
06/09/2022
06:50 MYT
Apabila sebut sahaja nama usahawan Kak KM, pasti ramai yang akan teringat akan video-video promosi produknya yang agak daring.
Sungguhpun kerap dikecam oleh orang sekeliling, terutama netizen, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat masih kekal teguh dalam berbisnes.
Ketika berpeluang bertemu dengannya pada majlis pelancaran Suke Go Bersama Gokingkong di ibu pejabat Suke TV semalam, Kak KM berkata, dia memang tidak menghiraukan cakap-cakap orang terhadap dirinya.
Ujar Kak KM, dia tahu apa yang dilakukan dan setiap video promosi yang dibuat adalah selari dengan produk-produk jualannya.
“Saya memang tak kisah apa orang nak kata sebab bukan saya bogel (ketika merakamkan video promosi produk). Kalau nak kata lucah ke apa, kita memang jual barang untuk dalaman perempuan. Kalau saya pakai kebaya pun orang dah cop saya lucah.
“Terpulang pada mereka. Tapi mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu itu terlampau straight to the point. Saya tak pandai cover cover. Takut orang tak faham pula. Senang kata saya tak kisah dan tak peduli pun apa orang nak cakap,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai video tepuk punggung yang dirakam bersama artis Ifa Raziah dan pengusaha kosmetik Cheta Potpet beberapa bulan lalu, Kak KM berkata yang idea untuk merakamkan video itu datang secara spontan.
“Kalau Kak Ifa dan Cheta Potpet saya tak tahu cara mereka untuk promosi produk masing-masing. Tapi bila mereka dengan saya, idea untuk rakam video datang secara spontan.
“Tiba-tiba idea datang jadi kita terus buat yang tepuk punggung tu. Memang tiada skrip. Kalau mereka ikut alhamdulillah, mungkin produk terus laku… baguslah begitu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
24/08/2024
09:26 MYT
Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Hiburan

Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

gempak
14/08/2024
04:20 MYT
Terima pelbagai komen lucah dan hinaan secara atas talian, pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang bertindak melakukan perbuatan tersebut.
Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Viral

Pempengaruh Ugut Nak Sebarkan Video S*ks Bekas Isteri? Ini Tindakan Yang Boleh Dikenakan Dari Segi Undang-Undang

gempak
03/08/2024
03:55 MYT
Tular sebelum ini tentang seorang pempengaruh yang didakwa mahu menyebarkan video lucah bersama bekas isterinya dek kerana kemelut rumah tangga.