gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Kau Panggil Aku Pelacur Tapi Kau Yang...." - Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Jual Diri Dalam Aplikasi Cari Jodoh?
HIBURAN
Rumah Tangga Arorra Salwa Diganggu ‘Penyondol’ - “Saya Pun Faham Keperluan Seorang Lelaki Bila…”
HIBURAN
'Squid Game' Musim Ketiga: Pertembungan Terakhir Gi-Hun, Front Man
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Bukan Nak Laju, Tapi…” – Tular Kenyataan Didakwa Pemandu Bas Tragedi UPSI Cetus Pelbagai Reaksi

gempak
gempak
10/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Nak Laju, Tapi…” – Tular Kenyataan Didakwa Pemandu Bas Tragedi UPSI Cetus Pelbagai Reaksi
Ketika negara masih berkabung atas tragedi kemalangan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tular pula satu kenyataan di media sosial yang didakwa ditulis oleh pemandu bas terlibat yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Kenyataan tersebut dipercayai dimuat naik di platform WhatsApp dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna di platform X.
Berikut merupakan kenyataan yang didakwa dinyatakan oleh pemandu bas.
“Bas tiba-tiba mengalami brek kosong. Tekan brek pun tak menjadi, jadi nak buat apa pun dah tak boleh. Sebab itu nampak laju, bukannya sengaja bawa laju, tapi bas sedang menuruni bukit.
“Alhamdulillah saya sekarang berada di Hospital Taiping. Esok akan menjalani pembedahan tangan, terluka sebab terkena serpihan cermin.
“Saya pun dah cuba elak kereta dari arah bertentangan dan cuba mengelak sebaik mungkin. Tapi akhirnya memang dah tak boleh buat apa. Hanya mampu bertawakal, dan bas terbalik — Pemandu Bas,” tulis kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut menimbulkan reaksi bercampur daripada orang ramai.
Ada yang bersimpati terhadap trauma yang dilalui pemandu, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan tahap keselamatan dan penyelenggaraan bas yang digunakan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kesahihan yang dapat disahkan setakat ini berhubung identiti sebenar individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut, sama ada ia benar-benar ditulis oleh pemandu yang terlibat atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli - Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi Isnin.
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan direman sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 40 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialami dalam nahas berkenaan.
Sumber: X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video