,
Laman Utama

"Bukan Nak Bersaing Tapi Mewarnai Industri" - Duo Kembar Aishahanim Rancang Album & Konsert Lain

Amri Hassan
16/08/2023
04:45 MYT
Sedekad mewarnai dunia seni, dua kembar, AishaHanim meraikan lembaran sejarah tersebut menerusi penganjuran Mini Konsert One Night With Aishahanim yang berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2023, di Mutiara Ballroom, Damansara.
BACA: "Mahu Buktikan Kami Mampu Nyanyi Live" - Penyanyi Kembar Seiras Aishahanim Buat Mini Konsert, Bakal Nyanyi Lagu Datuk Sharifah Aini & Anita Sarawak!
BACA: Penyanyi Kembar Aisha Hanim Tak Makan Nasi 4 Bulan Demi Pinggang Secekak! - "Kami Turun 13 Kg"
Konsert yang mendapat tajaan daripada Roxro dan Wyn Wyn Event berlangsung dengan jaya dengan kehadiran 500 tetamu yang masing-masing tampil dengan elegan bertemakan Black Tie, Black and Gold.
Duo kembar Aishahanim membuka pentas One Night Only Aishahanim dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu nyanyian semula Anggapanmu/ Robek Hatiku (Hanim), Akhirnya Kini Pasti/ Oh Teruna (Aisha) dan berduet lagu My Way.
Segmen pertama dibuka dengan penuh nostalgia kerana karya-karya yang dipilih merupakan lagu yang pernah dibawakan kedua-dua penyanyi itu dalam pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini.
Hanim sebelum ini pernah menyertai Bintang RTM 2001 dan Aisha pula pernah menjuarai pertandingan realiti, Girl Are Ready NTV7 (2001).
Segmen kedua pula menyaksikan duo kembar tersebut menyanyikan lagu-lagu mereka yang banyak dipilih menjadi runut bunyi bagi drama-drama popular antaranya Syurga Nur, Bukan Gadis Biasa, Nikah Cerai Rujuk, Tabir Zulaikha dan banyak lagi.
Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah Dua Muka, Angkara, Tinggalan Cinta, Benar Cinta dan Mata Kunci Cinta.
Bagi segmen ketiga, Aishahanim memilih untuk menyanyikan lagu-lagu permintaan peminat antaranya I’m Alive, Pantun Janda, Kau Pergi Tanpa Pesan, Ini Rindu, I Will Survive dan I Hate Myself For Loving You.
Malah mereka turut menyanyikan lagu berbahasa Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang dipersembahkan sebagai kejutan kepada tetamu kaum Cina yang hadir.
Menurut Aishahanim, mereka bersyukur apabila konsert tersebut berlangsung dengan jayanya dan tetamu yang dapat turut berhibur dengan rangkaian lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.
Mereka juga menganggap konsert tersebut sebagai hadiah dan penghargaan kepada semua pihak yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan sepanjang sepuluh tahun dalam industri.
“Kehadiran kami bukanlah untuk mencipta ruang persaingan sebaliknya untuk menambah warna dalam industri seni tanah air. Perancangan kami selepas adalah untuk menghasilkan album dan mungkin ada konsert lain selepas ini.
“Semoga semua yang hadir terhibur dan berpuas hati dengan persembahan kami.
"Tanpa keluarga, sahabat, rakan media dan peminat, kami tidak akan dapat bertahan untuk 10 tahun lamanya,” ujar mereka.
Konsert tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan juga yang berbahagia, Tan Sri Noh Omar.
One Night Only Aishahanim yang berlangsung selama dua jam itu juga menyaksikan kehadiran rakan-rakan artis, keluarga, rakan media dan peminat yang selama ini memberi sokongan kepada duo kembar tersebut.
Malah duo kembar itu turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik apabila menjemput persatuan OKU untuk sama-sama berhibur dalam konsert itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.