,
Laman Utama

“Bukan Mudah Untuk…” - Ada Sebab Zarul Husin Tangguh Hasrat Keluarkan Lagu Baharu

Asyikin Mayudin
22/08/2023
11:45 MYT
Meskipun bersyukur dan bangga masih relevan, namun penyanyi Zarul Husin mengakui dia berasa sedikit terkilan apabila lagu baharunya sukar mendapat tempat dalam kalangan pendengar.
Menurut Zarul, peminat tetap mahu dia menyanyikan lagu-lagu popularnya bersama kumpulan Umbrella terutamanya ‘Ramalanku Benar Belaka’.
"Ada rasa terkilan sebab orang susah nak terima lagu baru saya. Ramalanku Benar Belaka terlalu kuat. Bukan mudah untuk penyanyi lama tampil dengan lagu baru kerana perlu bersaing dengan karya terdahulu.
"Namun tetap ada rasa bangga kerana masih ada yang mahu terbitkan lagu untuk saya. Nak kekal relevan saya kena tampil dengan lagu baru tapi mungkin ramai tahu sejak 2014 saya ada keluarkan lagu baru," katanya kepada Gempak.
Disebabkan itu juga, pelakon drama siri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit ini juga terpaksa menangguhkan hasratnya untuk melancarkan lagu terbaharu buat masa kini.
"Kerjaya nyanyian masih berjalan seperti biasa. Tetapi untuk lagu baru saya tangguh dulu walau ada satu karya nak dilancarkan. Saya lihat persaingan industri sekarang terbatas.
“Orang lama nak naik pun susah. Itu antara cabaran yang perlu dihadapi. Ada dalam kalangan artis yang sertai rancangan realiti dan tampil dengan lagu baru pun susah nak naik," ujarnya lagi.
BACA SINI: Tak Pernah Terheret Kontroversi Rumah Tangga, Zarul Umbrella Belajar Elak Kongsi Masalah Di Media Sosial - "Isteri Pun Faham & Bertoleransi..."
BACA SINI: Zarul Husin Lakon Babak Romantis, Nasib Isteri Sentiasa Memahami; “Jangan Curang La! Itu Saja”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."

gempak
17/04/2024
10:25 MYT
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan.  Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM).  Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Laman Utama

Konten YouTube Zarul Umbrella Beri Manfaat - “Siapa Sangka Perkongsian Saya Itu…”

gempak
19/09/2023
04:48 MYT
Alhamdulillah....
Laman Utama

Kenapa Ada 'Ashtray' Di Pesawat Tapi Dilarang Merokok? Zarul Umbrella Dedah Sebabnya!

gempak
05/09/2023
15:26 MYT
Alamak kenapa pula ya?
Laman Utama

Zarul Husin Kongsi 3 Perkataan ‘Diharamkan’ Dalam Pesawat - “Jangan Sesekali Buat Main…”

gempak
24/08/2023
12:55 MYT
Jangan main-main dengan perkataan itu.
Laman Utama

#GMWA2022: Antara Personal Life, Reviu Produk & Tips, Konten YouTube Selebriti Mana Paling Power?

gempak
11/02/2023
13:55 MYT
Cepat undi selebriti kesayangan!