,
Hiburan

Bukan Mudah Bergelar Komando PASKAL... Kena Lalui 5 Fasa Kursus Asas!

Kamaruddin Razal
21/08/2018
13:35 MYT
Pasukan Khas Laut (PASKAL) merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia.
Dalam beratus individu yang memohon untuk menjadi anggota elit PASKAL, mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan kerana tidak mudah untuk bergelar anggota PASKAL.
Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit nombor satu di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara, mereka wajib melalui lima fasa kursus asal untuk melayakkan diri bergelar komando PASKAL.
1. Peringkat kem 2. Peringkat paya 3. Peringkat hutan 4. Peringkat laut 5. Peringkat pelarian dan pelolosan
PASKAL turut berkebolehan dalam serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi di kapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api di darat mahupun di perairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Lebih 30 pelantar petroleum di perairan Malaysia adalah di bawah kawalan dan seliaan PASKAL.
Anggota PASKAL diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.
Pengorbanan serta kehidupan anggota elit PASKAL direalisasikan dalam sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi, jangan lupa saksikan PASKAL pada 27 September ini di pawagam berdekatan anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sertai Perbarisan Merdeka Paskal, Hafizul Kamal Raih Sorakan Orang Ramai! - “Tabik Hormat Pada Panglima & Agong”

gempak
01/09/2022
09:50 MYT
Momen paling berharga.
Laman Utama

“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang

gempak
21/02/2022
12:40 MYT
Tahniah Taufiq!
Laman Utama

“Alamak Ini Bukan PASKAL, Ini PASRAH” - Gambar Hairul Azreen & Ammar Alfian Buat Ramai Berdekah!

gempak
24/05/2021
12:16 MYT
Kreatif betul!
Hiburan

“Tutup Tahun 2020 Dengan Gambar Al-Quran” - Ammar Alfian Khatam Al-Quran Kali Ketiga

gempak
22/12/2020
08:05 MYT
Alhamdulillah...
Hiburan

"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen

gempak
14/12/2020
01:15 MYT
Lagi bersemangat la bila dapat kunjungan isteri kat set penggambaran..