,
Laman Utama

“Bukan Menangis Lagi Dah, Merebeh Air Mata” - Imaginur, Buat Beto & Isteri Sebak Terkenang Orang Tersayang

Mya Amri
21/02/2023
07:50 MYT
Pelakon, Beto Kusyairy akui tidak dapat menahan air mata selepas menonton filem lakonan terbaharunya berjudul Imaginur.
Menurut Beto, ada beberapa babak yang membuatkannya terkenang momen bersama insan tersayang.
Tidak hanya Beto, malah isterinya, Tisha Shahar juga turut mengalirkan air mata ketika menonton filem tersebut.
“Kalau saya layan bukan menangis lagi dah, saya akan merebeh. Ada banyak momen sebenarnya lagi-lagi saya baru kehilangan bapa mentua.
“Orang rumah saya tengok filem ini pun dia mengalirkan air mata walaupun sudah tiga kali menonton, mungkin dia masih lagi dalam fasa merindu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Beto ditemui pada malam pra tonton filem Imaginur bertempat di GSC, The Starling, Petaling Jaya.
Mengulas mengenai lakonannya bersama pelakon vateran, Mior Hashim Manap, Beto menyatakan babak yang dilakonkan itu dilakukan dengan mudah.
“Untuk melakukan babak menangis itu mudah sangat bila dengan Mior Hashim. Saya pun terkejut hasilnya begitu, kita tak rancang pun nak kena menangis.
“Kita hanya bermain dengan rasa, dia beri dan saya ambil begitu juga sebaliknya. Memang best. Autentik, rasa itu sangat jujur dan kita tidak perlu nak paksa.
“Ketika itu matanya sudah bergenang, bila saya lihat dia, kemudian dengan tenaga yang dia beri, memang tak perlu dipaksa, air mata saya keluar sendiri.
“Babak sewaktu mandikan bapa di dalam tandas itu pun mengingatkan saya kepada bapa kita sendiri,” jelasnya.
Selain Beto, Imaginur juga dibintangi pelakon hebat seperti Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Datuk Afdlin Shauki, Mior Hashim Manap dan Datuk Rahim Razali.
Filem arahan Nik Amir Mustapha ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 23 Februari 2023.
Terdahulu, Tisha baru sahaja kehilangan bapa tersayang, Shahar Abdul Hamid, 72, akibat penyakit tumor otak pada awal Februari lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.