Gaya Hidup
Bukan Kembar 3! Wanita Hamil 9 Bayi Lepas Terima Rawatan - “Kami Menunggu Nasihat…”
Bukan kembar Tiga namun sembilan!
Seorang wanita dari Nanchang, China dikejutkan dengan berita bahawa dia mengandung sembilan bayi selepas menjalani rawatan kesuburan.
Wanita yang dikenali sebagai Hou itu difahamkan menjalani rawatan tersebut kerana menghadapi kesukaran untuk hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, impian Hou untuk menjadi seorang ibu tercapai sebulan selepas dia menjalani prosedur tersebut.
Pemeriksaan awal menunjukkan dia mengandung bayi kembar tiga, yang menjadikannya yakin impiannya untuk menjadi seorang ibu bakal menjadi kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”
ARTIKEL BERKAITAN: Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"
ARTIKEL BERKAITAN: Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak, Janna Nick Anggap Komen Itu Kurang Ajar - “ Kami Dah Buat Macam-Macam”
“Saya sangat gembira apabila mengetahui saya hamil,” katanya.
Namun semasa pemeriksaan kedua, Hou mendapati rahimnya mengandungi lapan kantung gestasi.
Selepas beberapa hari, Hou dikejutkan lagi dengan penambahan satu lagi kantung dalam rahimnya semasa melakukan pemeriksaan susulan.
Meskipun ini satu berita gembira, suami kepada wanita tersebut, Hu, meluahkan kebimbangan tentang kemampuan tubuh isterinya untuk menampung sembilan bayi yang sedang berkembang.
“Kami menunggu nasihat daripada doktor mengenai langkah terbaik untuk meneruskan kehamilan ini,” katanya kepada Guangzhou Daily.
Must-Watch Video