,
Laman Utama

Bukan Kaleng-Kaleng! 'King Of Slow Rock' Indonesia Thomas Arya Bakal Gamatkan Konsert Millenia Live In KL

Amri Hassan
17/10/2023
09:44 MYT
Muzik dangdut bergabung dengan rock? Macam mana tu?
Kelainan yang buat julung-julung kali dipersembahkan oleh penganjur Konsert Millenia Live In Kuala Lumpur apabila bakal menampilkan Lagendaris Rock Indonesia Thomas Arya, untuk menggamatkan lagi acara yang bakal berlangsung pada 25 November 2023 nanti.
Seperti yang dijanjikan, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu akan memberikan kelainan dan yang pastinya memberi kepuasan maksimum kepada para penonton.
Penganjur, Mission Sight Sdn Bhd berkata, penampilan Thomas Arya bakal mengimbangi Konsert Millenia yang dibarisi ratu-ratu dangdut dari Malaysia dan Indonesia.
“Thomas Arya sangat dikenali dengan genre slow rock tetapi dia diterbangkan khas untuk konsert dangdut. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya kaitan slow rock dengan irama dangdut.
“Di situlah kelainan yang kami mahu tampilkan. Thomas Arya ‘King Of Slow Rock’, walaupun fortenya adalah muzik rock, namun keistimewaan beliau adalah cara nyanyian yang mempunyai cengkok dangdut. Beliau memiliki gaya berbeza, lain daripada yang lain,” kata Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob.
Menurut Jeffri lagi, kehadiran Thomas Arya pastinya akan menghangatkan lagi persembahan Amelina, Ani Maiyuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-klepek dan Rheyna Morena.

Tomas Arya nyanyi 4 lagu!

Tambah Jeffri, pada malam tersebut nanti Thomas Arya dijangka mendendangkan empat lagu hits yang mempunyai ramai peminat di Malaysia iaitu Bunga, Berbeza Kasta, Syahara dan Satu Hati Sampai Mati atau Orang ketiga.
Selain itu, kelainan lain yang bakal ditampilkan menerusi konsert ini nanti ialah, kehadiran dua DJ Dugem iaitu DJ ACE JB Style dan DJ Bob Arjuna dari Singapura turut diundang.
Mereka akan memainkan lagu-lagu irama dangdut dugem seperti yang menjadi kegilaan peminat muda di sosial media.
Tiket mengikut zon kini boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri yang hanya RM50.

Trivia Thomas Arya

Thomas Arya, berasal dari Padang, Indonesia, merupakan Lagendaris Rock Indonesia yang mendapat Gelaran “King Of Slow Rock” yang pernah popular dengan lagu Bunga dan Syahara.
Beliau sangat dikenali dengan kemerduan dan keunikan vokalnnya suaranya mendendangkan irama slow rock yang mendapat ratusan juta tontonan di laman sosial YouTube, sekaligus membuktikan bahawa beliau mempunyai ramai peminat di rantau asia ini.
Oleh kerana genre muzik slow rock yang dibawakan beliau, masyarakat Indonesia pernah tersalah anggap dan menyangka Thomas Arya berasal dari Malaysia.

Info Konsert Millenia

Bagi mencapai objektif untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia menerusi konsert ini, penganjur telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac).
Penganjur telah memutuskan untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di pekarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Penganjuran Konsert Milenia dan Music Milenia Food Festival ini merupakan salah satu impak kerjasama Mission Sight Sdn Bhd bersama Motac dalam mempromosikan Malaysia melalui festival muzik dangdut yang dijangka menjadi salah satu event of the year tarikan pelancong dari Indonesia, Brunei dan Singapura.
“Justeru jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Selangor iaitu Dato Seri Amirudin Shari yang memberi sokongan dalam penganjuran konsert yang menjalinkan kerjasama Malaysia dan Indonesia.
Selain itu, kami turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan NG Suee Lim iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Exco Pelancongan Negeri Selangor yang turut menyokong penuh penganjuran konsert ini yang diharap mampu memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat dalam penganjuran Festival Music Milenia itu nanti,” kata Jeffri.
Konsert ini juga Beliau telah mendapat kelulusan dari Puspal yang dipantau oleh 14 agensi termasuk JAKIM dan mempunyai prosedur dan tapisan ketat supaya ia berjalan dengan baik tanpa menyentuh sensetiviti masyarakat seperti cara berpakaian (sopan dan tidak mencolok mata) serta corak persembahan yang seksi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar