,
Laman Utama

Bukan Kaleng-Kaleng… Ini Bajet Yang Perlu Disediakan Kalau Nak Nikah Di Amankila, Bali Persis BCL & Tiko

Izwan Isa
04/12/2023
07:55 MYT
Pernikahan penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL dan Tiko Aryawardhana berlangsung dengan penuh meriah di resort Amankila yang terletak di Pulau Bali, Indonesia.
Melihat pada gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial, ramai dalam kalangan netizen dan juga peminat melahirkan rasa kagum terhadap majlis yang diadakan penuh mewah itu.

BERITA TRENDING: Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko

Masakan tidak, Resort Amankila merupakan salah satu resort mewah yang popular dalam kalangan pelancongan, sementelah keadaan sekeliling yang dihias pemandangan Gunung Agung yang sangat indah.
Jika anda menyimpan hasrat untuk bernikah di Resort Amankila ala BCL, mungkin anda perlu memperuntukkan sejumlah bajet terhadap acara gilang-gemilang anda.
Memetik laman perkahwinan Bride Story, biaya untuk menganjurkan majlis pernikahan di Resort Amankila, Bali bermula daripada 500 juta rupiah (RM150,890) sehingga 2 miliar rupiah (RM603,500).
Resort Amankila juga menyedia beberapa pakej perkahwinan termasuk majlis perkahwinan tertutup dengan bilangan tetamu undangan bawah 100 orang.
Setiap pakej yang ditawarkan memberi kemudahan tempat penginapan dengan jenis pemandangan yang berbeza-beza.

BERITA TRENDING: "Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL

Jika anda hanya ingin datang bercuti, harga bilik di Resort Amankila bermula daripada 15 juta rupiah (RM4,520) sehingga 76 juta rupiah (RM22,925) untuk satu malam.
Setiap bilik yang menyajikan pemandangan dan kemudahan berbeza termasuklah pemandangan Selat Lombok sehingga Gunung Agung dan juga Teluk Amuk. Setiap bilik turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi.
Sumber: Suara.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.