,
Laman Utama

Bukan Kaleng-Kaleng! Amar Baharin Dilabel Irwansyah Malaysia?

Amri Hassan
20/10/2021
14:50 MYT
Kerap berkongsi perihal Islamik di media sosial sejak akhir-akhir ini membuatkan ada segelintir menyamakan pelakon Amar Baharin seperti bintang popular Indonesia, Irwansyah.
Mengulas mengenai penilaian tersebut, kata Amar tiada apa yang boleh diperkatakan memandangkan ia dari sudut pandangan orang luar.
"Irwansyah? Mungkin saya akan masuk studio recording untuk single terbaru 'Kutunggu Jandamu 2' dan akan menjadi OST Hati Yang Dikhianati…. Just kidding.
"Peminat yang menilai. Saya tak ada komen lanjut," katanya sambil berseloroh.
Sementara itu, ditanya mengenai keberaniannya untuk menyambung penggambaran drama rantaian popular Hati Yang Dikhianati, Amar akui bimbang.
"Yang pertama saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah aturkan ini bila industri perfileman sudah diizinkan untuk menjalani pengambaran seperti biasa. "Alhamdulillah. Sedikit rasa bimbang dengan keadaan pandemik yang sedang kita lalui tetapi lebih kepada rasa bersyukur bila kita dah boleh mencari rezeki bagi kelansungan hidup diri dan keluarga," ujarnya.
Tambah Amar, watak Elyas yang diperankan dalam drama terbabit sudah sebati dalam dirinya biarpun sudah beberapa bulan tertangguh penggambaran.
"Karakter Elyas sudah sebati dalam hidup saya setelah hampir 5 bulan kami menjalani pengambaran cuma setelah cuti yang agak lama, saya ada juga membuat ”homework” sebelum masuk semula ke set.
"Menonton beberapa episod sebelum, dan membaca skrip untuk refresh semula karakter Elyas dan karakter lain yang berkaitan dengan Elyas. Tidak sesukar seperti baru mula pengambaran pada Januari lalu," katanya.
Hati Yang Dikhianati turut dibintangi Isyariana, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.
Drama bersiri Hati Yang Dikhianati akan kembali disiarkan bermula 22 Oktober ini dengan kisah yang lebih panas dan pergolakan mendebarkan.
Hati Yang Dikhianati akan bersiaran pada pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.