,
Laman Utama

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan

Mya Amri
07/06/2023
22:53 MYT
Wanita yang mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki bertindak memadamkan video di akaun TikTok miliknya.
Bagaimanapun sebelum memadamkan video tersebut, pemilik akaun dengan nama HatiBushuk itu membuat penafian bahawa artis lelaki dimaksudkan itu bukanlah Ismail Izzani seperti yang diteka netizen.
Pemilik akaun itu menjawab tanda tanya netizen menerusi ruangan komen selepas ada yang memberikan bayangan dengan meletakkan nama Nobita.
Nobita sebelum ini sinonim dengan Ismail selepas netizen menyamakan dirinya dengan karakter animasi popular tersebut kerana wataknya dalam sebuah drama.
“Bukan Ismail Izzani,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun selepas memadamkan video yang merakamkan tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp dengan ibu dan artis itu, wanita berkenaan memaklumkan akan memadamkan akaun tersebut.
“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula.
“Saya akan memadamkan akaun ini kerana ia sebenarnya tidak benar. Wassalam,” maklumnya.
Lebih aneh lagi, ruangan komen posting berkenaan juga turut ditutup.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia telah hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.
Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan 'terkontang-kanting' oleh artis terbabit.
BACA: “I Admit My Mistakes…” - Ismail Izzani Mohon Doa Yang Baik-Baik
BACA: Ibu Nafi Ismail Izzani Sudah Bernikah - "Itu Fitnah! Gambar Itu Diambil Ketika Majlis Kahwin Sahabat"
Disebabkan itu juga, netizen mula memetik nama Ismail Izzani kerana pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya foto tular mencium seorang wanita di sebuah pusat hiburan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.