Hiburan
Bukan Ilmu Nasrul Haq, Video Tular Lelaki Tolak Kereta Tanpa Sentuhan Adalah Promo Filem Telekinesis
Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kereta tanpa sentuhan.
Momen tersebut telah berjaya dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditularkan oleh seorang individu di TikTok.
Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menjadi perdebatan antara netizen.
Ada yang menganggap lelaki tersebut mengamalkan ilmu nasrul haq, namun ada juga yang tidak percaya dan menyatakan bahawa video tersebut adalah suntingan semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teruja Lihat Lelaki Tolak Kereta Tanpa Sentuhan - “Ini mereka panggil ilmu nasrul haq”
ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin Hampir Terbakar Buat Stunt!
Menamatkan teka-teki netizen, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Muhamadafiq_gp menjelaskan bahawa video tersebut adalah merupakan video promosi tidak rasmi bagi filem Telekinesis.
Menerusi video tersebut, Muhamadafiq_gp menunjukkan bagaimana suntingan video itu dilakukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil suntingan video tersebut dan tak kurang juga yang berjaya mengangak bahawa video tersebut adalah promosi bagi filem berkenaan.
“Eh eh nak kena ni, rupanya edit”
“Dah agak dah mmg edit tapi memang terbaik”
“Laaa... betul la seperti yang aku bayangkan hari tu masa tengok video yang orang komen ilmu nasrul haq ... mesti edit kat bahagian tayar je...sebab bayang kereta dan cahaya real”
“Citer ni ade kt wayang ke”
“Dah agak telekenisis” kata netizen.
Telekinesis mendapat sentuhan pengarah, Syafiq Yusof dan dibintangi pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Beto Kusyairi dan Aman Graseka.
Filem Telekinesis telah mula ditayangkan secara eksklusif di Astro First bermula 10 Oktober 2024 lepas. Penonton masih boleh menikmati filem ini hanya di Astro saluran 480 atau On Demand Store.
Must-Watch Video