gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah, Bayar Ikat Jamin RM12,000
HIBURAN
“Tentulah Saya Trauma & Tidak Mahu Berada Dalam Keadaan Itu Lagi” - Ernie Zakri
HIBURAN
Petikan Lirik Lagu Jadi Perhatian Netizen, Isteri Abang Tesla Ada Sebab Masih Bertahan Dalam Perkahwinan - “Kita Pun Tak Tahu Apa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bukan Hanya Sekadar Watak, Ellie Suriaty Berkemban Jadi ‘Ayam Tua’ - “Itu Bukan Saya, Itu Adalah Juwita”

gempak
Mya Amri
17/06/2025
00:00 MYT
Sponsor Banner
Bukan Hanya Sekadar Watak, Ellie Suriaty Berkemban Jadi ‘Ayam Tua’ - “Itu Bukan Saya, Itu Adalah Juwita”
Pelakon, Ellie Suriaty menegaskan babak berkemban yang dimainkan dalam drama bersiri Hilang Kasyorga hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Hanya karakter untuk sampaikan mesej

Malah kata Ellie, watak Juwita yang dibawakan itu bukanlah cerminan dirinya, sebaliknya satu karakter penting yang membawa mesej besar.

“Itu bukan Ellie Suriaty, itu adalah watak Juwita. Dalam barisan pelakon yang ramai, apabila Jalena Rejab menghubungi saya untuk menyertakan saya di dalam barisan ini, sudah tentu saya ambil peluang ini. “Pertama sebab ini adalah cerita yang sangat realistik, sangat raw dan walaupun saya hanya memegang watak sebagai Juwita iaitu seorang ‘ayam tua’ sebanyak tiga babak sahaja tetapi itu adalah babak yang penting,” jelasnya.

Ellie berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan drama bersiri Hilang Kasyorga bertempat di TGV One Utama baru-baru ini.

Angkat kisah anak-anak jalanan & wanita lorong

Mengulas lanjut mengenai drama tersebut, Ellie berkata Hilang Kasyorga bukan sahaha mengangkat kisah anak-anak jalanan sebagai tema utama, bahkan turut menyentuh sisi kehidupan masyarakat lorong, termasuk wanita yang sanggup menggadai maruah demi kelangsungan hidup.
“Kehidupan orang-orang lorong disekeliling itu sebagai contoh ibu kepada Rudy (lakonan Kamal Adli), iaitu watak Juwita yang saya bawa. Wanita-wanita ini terlalu mengharapkan kepada kewangan sehingga sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah senja.
“Cerita mengenai kanak-kanak yang utama sebab itulah tajuknya Hilang Kasyorga. Selain itu, naskhah ini juga turut mengetengahkan realiti kehidupan orang-orang di lorong.
“Sebagai contoh ibu kepada Rodi (lakonan Kamal Adli), iaitu watak Juwita yang saya bawa. Wanita-wanita ini terlalu mengharapkan kepada kewangan sehingga sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah senja,” katanya.

Red fleg yang perlu diberi perhatian

Tambah Ellie, isu ini merupakan ‘red flag’ yang wujud dalam masyarakat hari ini dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan.

“Realitinya, masih ramai ‘ayam tua’ yang berada di lorong-lorong gelap. Jadi, bagaimana kita nak bantu mereka? Kita ada kementerian pembangunan wanita dan sebagainya.“Saya bukan bercakap soal membersihkan mereka, tetapi bagaimana kita boleh bantu mereka untuk kembali membersihkan diri dan mencari kehidupan yang lebih bermakna,” ujarnya.

Hilang Kasyorga yang diarahkan oleh Feroz Kadir ini dibintangai oleh Kamal Adli, Nabila Huda, Azhar Sulaiman, Adra Mikayla, Luqman Hafiz dan ramai lagi.
Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, ini akan mula bersiaran bermula 23 Jun 2025 di DEGUP (saluran 120) Unifi TV Originals.
Topic Berkaitan
#Ellie Suriaty
#Drama
#Berkemban
#Hilang Kasyorga
#Unifi TV
Must-Watch Video