,
Laman Utama

Bukan Hanya Malaysia, Donald Trump Pun Isytihar Darurat Di Washington DC

Asraf Aided
12/01/2021
07:20 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. menjelang pelantikan rasmi presiden yang dipilih Joe Biden yang dijadual 20 Januari ini, kata kenyataan White House pada Isnin, lapor AWANI.
"Hari ini, Presiden Donald J Trump mengisytiharkan darurat di Washington (District of Columbia) dan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021," kata kenyataan itu.
Trump memerintahkan bantuan Persekutuan untuk melengkapkan usaha tindak balas daerah kerana keadaan darurat akibat Perasmian Presiden ke-59 tersebut.
Pengisytiharan itu membolehkan agensi kecemasan seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan menyelaraskan usaha bantuan bencana.
Agensi itu akan diberi kuasa untuk mengenal pasti, menggerakkan, dan menyediakan mengikut budi bicara mereka peralatan dan sumber yang difikirkan sesuai.
Datuk Bandar Washington DC Muriel Bowser sebelumnya mengirim surat kepada Trump meminta pengisytiharan darurat yang menunjukkan dana tambahan untuk keselamatan diperlukan ketika pelantikan Biden berikutan serangan minggu lalu di Capitol AS.
Pada Isnin, media melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 ibu negara Amerika Syarikat (AS), termasuk bangunan Capitol, menjelang pelantikan rasmi presiden.
Perasmian Joe Biden sebagai Presiden AS akan diadakan di tempat yang sama di Capitol di mana kumpulan pro-Trump yang melakukan rusuhan, bertempur denga polis dan merosakkan harta benda minggu lalu.
Rusuhan itu tercetus selepas Trump mendesak penyokongnya untuk membantah apa yang didakwanya berlaku penipuan dalam pilihan raya.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) diberi kuasa untuk membantu memastikan keselamatan awam dan melindungi harta benda sebagai sebahagian usaha mengurangkan ancaman, menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

gempak
21/08/2024
04:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
Berita

FBI Sahkan Telinga Trump Memang Terkena Peluru Semasa Cubaan Bunuh

gempak
27/07/2024
18:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan membunuhnya awal bulan ini di negeri Pennsylvania, menurut kenyataan FBI pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Viral

Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

gempak
15/07/2024
13:40 MYT
Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.
Berita

Trump Ditembak Ketika Kempen, Berdarah Di Telinga

gempak
14/07/2024
01:16 MYT
Beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Pennsylvania pada pagi Ahad (waktu tempatan).
Laman Utama

Netizen Berdebat Perlu Atau Tidak Kerajaan Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau?

gempak
17/05/2023
00:50 MYT
Cuaca memang panas sekarang