,
Hiburan

Bukan Enam Tapi Lapan Kumpulan Marhaban Ke Semi Final Pentas Marhaban! - "Biar Tersingkir, Markah Mereka Tinggi"

Amri Hassan
24/12/2023
12:00 MYT
Kejutan demi kejutan! Bukan enam tapi lapan kumpulan layak untuk ke pusingan separuh akhir Pentas Marhaban 2023.
Enam kumpulan dipilih daripada pusingan kalah mati setiap enam minggu iaitu Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari' dan An Ni’matul Uzma.
Manakala, dua lagi kumpulan marhaban iaitu Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin dipilih berdasarkan kualiti persembahan dan markah tertinggi sepanjang enam minggu bersiaran.
Kata penerbit program Pentas Marhaban yang bersiaran di TV Al-Hijrah, Nurul Ain Mohamed, kejutan untuk memasukkan lapan kumpulan marhaban ke pusingan separuh akhir telah diputuskan lebih awal.
"Memang selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan peserta ke separuh akhir.
"Namun, ada episod menyaksikan kedua-dua kumpulan marhaban sama-sama kuat dan biarpun disingkirkan, markah mereka masih tinggi secara keseluruhan," ujarnya kepada Gempak.
Keputusan itu disambut baik oleh barisan juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus serta juri jemputan pada minggu keenam, Ustaz Tirmizi Ali.
"Logik untuk produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Ia sangat berbaloi dan rugi kalau ada kumpulan yang memiliki markah tinggi tapi tak berjaya masuk.
"Secara tidak langsung ia akan membuka semula ruang untuk kembali bersaing dan pastinya pusingan akan datang akan sangat sengit," kata juri.
Nasihat juri-juri lagi, peluang harus digunakan sebaik mungkin dan tidak boleh berada di kedudukan selesa.
"Kuasai pentas betul-betul seolah-olah nak hiburkan orang. Tingkatkan kualiti suara dan persembahan biar ada kemuncak dan penonton puas.
"Dapatkan ilmu pengetahuan daripada guru-guru, jangan anggap Pentas Marhaban satu pertandingan sebaliknya jadikan ia sebagai medan untuk menimba ilmu.
"Yang kalah dapat masuk semula, gunakan peluang diberi. Yang menang mingguan pula jangan selesa," demikian nasihat para juri.
Minggu keenam menyaksikan kumpulan An Ni’matul Uzma menumpaskan Selawat Buskers dan menerima hadiah wang tunai RM2,500.
Pada pusingan final pula, pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima RM50,000 dan RM25,000.
Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Selain Tilmiz Fahmi, program ini juga dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar