gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Aksi 'Terlampau' Pemancing Tayang Ikan 39KG Diikat Belakang Kereta, Dicari Polis
HIBURAN
Nadia Khan Takut Dibandingkan Dengan Filem Ayah - “Bagi Saya Perbandingan Itu Terlalu…”
HIBURAN
Wanita Dakwa Abang Jisoo Blackpink Rakam Video S*ks Tanpa Kebenaran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Bukan Disebabkan Kehamilan, Amyra Rosli Alami Pendarahan Secara Tiba-Tiba Akibat… - “Menurut Doktor…”

gempak
Umirah Halim
29/05/2025
04:33 MYT
Sponsor Banner
Bukan Disebabkan Kehamilan, Amyra Rosli Alami Pendarahan Secara Tiba-Tiba Akibat… - “Menurut Doktor…”
Pelakon, Amyra Rosli tidak menyangka bahawa tindakan mengangkat bebanan ringan akan membawa kepada insiden mengejutkan apabila dia mengalami pendarahan secara tiba-tiba.
Namun begitu, Amyra menegaskan bahawa insiden tersebut tidak ada kaitan dengan keguguran mahupun sebarang komplikasi kehamilan.
“Pada waktu sekarang, saya tidak mengandung. Saya ulang, saya tidak mengandung. Namun pada awalnya, keadaannya seolah-olah menuju ke arah itu kerana saya mengalami sedikit pendarahan.
“Pendarahan itu tidak serius. Doktor sendiri menegaskan ia tidak berkaitan dengan kandungan atau kehamilan yang aktif. Sebenarnya, ia mungkin petanda kepada kehamilan yang tidak menjadi.
“Doktor tidak dapat memberikan jawapan pasti, tetapi syukur, ia bukan sesuatu yang serius,” katanya ketika ditemui di pelancaran koleksi terbaru Amber Oasis Abaya di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bagaimanapun, Amyra memilih untuk tidak melakukan pemeriksaan lanjut kerana pendarahan tersebut berhenti dengan sendiri selepas pengambilan ubat.
“Saya berasa hairan kerana ia bukan pendarahan haid, malah tempoh haid saya ketika itu belum tiba. Pendarahannya juga berbeza daripada biasa. Menurut doktor, situasi ini boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, antaranya keletihan melampau atau ketidakseimbangan hormon.
“Saya fikir keadaan sudah pulih. Saya juga ada berkongsi perkara ini dengan Amar, tetapi tidak secara mendalam kerana tidak mahu dia terlalu risau, lebih-lebih lagi ketika dia tiada di sisi,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Hamil
#amyra
#Rosli
#Pendarahan
Must-Watch Video